Siapa yang tidak kenal dengan Adibah Noor bukan. Wanita ini mempunyai lebih 41 ekor kucing di rumahnya.
Adibah Noor dikenali dengan sifatnya yang sangat sayangkan kucing. Adibah mengaku dirinya amat menyayangi kucing sehingga sanggup membelanjakan sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan membela 41 ekor kucing yang ada di rumahnya.
Adibah Nor merupakan salah seorang artis yang sangat aktif membantu dan menyelamatkan kucing jalanan.
View this post on Instagram
“Bukan mudah untuk menjaga 41 ekor kucing kerana saya membeli makanan yang berkhasiat untuk mereka.
Tanggungjawab yang dipikul tidak seharusnya dipandang mudah kerana ia ibarat menganiaya sekiranya tidak dibuat dengan baik.
“Sejujurnya saya kurang pasti berapa banyak saya berhabis bagi membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang dibela. Apa yang pasti, saya tidak pernah berkira jumlah wang untuk kegunaan mereka.” – Adibah Nor
View this post on Instagram
Damailah di negeri abadi, pelantun lagu “TERLALU ISTIMEWA” dan PENCINTA DAN PENYELAMAT KUCING JALANAN.
Sementara itu dalam satu posting yang dimuat naik oleh pihak Anugerah Mahligai Arab Nasib Abadi Haiwan pihak mereka bersedia untuk ‘menerima’ kucing-kucing Allahyarhamah.
Innalillahwainalillahiraaujiuun
Salam takziah Al fatihah buat Adibah Noor
Tiada masaalah jika kucing2 arwah lebih 40 ekor nak berteduh di Rumah Amanah..Hulu Langat.Selangor
SOP no. 1 Kematian Tuan Kucing.. Waris nya boleh lah PM sy ..Tak perlu bayar apa2 dan tak perlu bagi makanan kucing2 tu setiap bulan..malah setiap hari Ahad dari pukul 2.30 hingga 6.30 ptg adalah hari melawat. terbuka kepada umum..
Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Kita doakan semoga segala kebaikannya pada kucing-kucing itu diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah. Aamiin…
Sumber kredit: Anugerah Mahligai Arab Nasib Abadi Haiwan Instagram Adibah Noor dan Artortoise
