Anak

Ajar Anak Makan Ubi Keledek, Kaya Nutrisi & Pilihan Terbaik Berbanding Ubi Kentang Ketika Anak Tak Sihat

Ubi keledek adalah ubi manis yang mengandungi banyak khasiat penting untuk kesihatan. Antara kandungan kandungan nutrisi yang terkandung dalam ubi keledek ialah vitamin, mineral, serat, dan sebatian antioksidan.

Di samping itu juga, ubi keledek juga boleh dijadikan sebagai pengganti nasi yang enak dan mengenyangkan buat mereka yang sedang berdiet.

Tahukah anda bahawa ubi keledek juga elok diberikan kepada anak-anak sejak anak-anak masih kecil lagi?

Berikut perkongsian doktor Mazliana Mazlan ini kebaikan keledek terutama untuk kesihatan terutama kepada anak-anak yang sedang mengalami proses pertumbuhan.

Rugi tau kalau tak kenalkan anak dengan keledek.

Ajak je anak makan seawal usia. Anak umur 6 bulan anda sudah boleh bagi makan keledek.

Tinggi dengan nutrisi, dan jadi pilihan lebih baik dari ubi kentang bila anak anda tak sihat.

Ada 8 sebab kenapa kita kena jadikan keledek antara makanan favourite anak.

1. Keledek tinggi dengan vitamin A. Tak ketinggalan vitamin C dan vitamin B.

2. Keledek ada kandungan mineral manganese, copper dan potasium. Penting untuk tulang, sel darah dan otot anak.

3. Keledek ada sumber fiber yang bagus untuk usus.

4. Keledek bagus sangat untuk mata. Antara sumber makanan yang paling banyak dengan beta carotene, penting untuk mata.

5. Keledek juga bagus untuk otak. Carotenoid dan antocyanin dalam keledek penting untuk fokus anak dan cepat ingat apa yang diajar.

6. Antioksida yang tinggi dalam keledek, dapat bantu kurangkan radikal bebas yang terbentuk dari persekitaran yang kurang sihat.

7. Keledek bagus untuk kulit dan rambut anak. Vitamin C bantu hasilkan kolagen dari keledek, makin cantik kulit anak eczema korang kalau makan keledek selalu.

8. Keledek tingkatkan imuniti badan anak. Makin kurang batuk selsema, makin cepat baik kalau ada demam.

Macam-macam kan boleh buat dengan keledek. Bakar, rebus, kukus, makan begitu saja atau cicah dengan kelapa parut pun sedap.

Potong macam bentuk fries kemudian goreng atau bakar pun boleh.

Masuk dalam nugget anak pun senang, terus jadi nugget padat nutrisi.

Mesti kena ada keledek di rumah untuk makan seisi keluarga. Kita cuba sama-sama pelbagaikan real food di rumah, supaya anak tak mencari lagi ultra processed food. InsyaAllah.

Sumber kredit: Mazliana Mazlan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top