Umum

Apakah Hukum Beli Dan Guna Android Box? Ini Kata Mufti Wilayah.

Zaman sekarang, ramai yang mengelat untuk melanggan siaran berbayar, tapi gunakan teknologi lain yang dibuat khas untuk membolehkan pelanggan tengok tanpa perlu keluarkan kos satu sen pun pada syarikat penyiaran berkenaan.

Macam Android Box, ia sebuah peranti yang mampu menyiarkan pelbagai rancangan secara percuma tanpa perlu melanggan daripada pihak penyiar secara sah.

Oleh kerana dah jadi fenomena, ramai yang sering tertanya-tanya apakah hukumnya bagi pengguna android Box ini. Dengan itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Luqman bin Haji Abdullah tampil menjawab persoalan berkaitan hukum yang diutarakan menerusi Irsyad Al-Fatwa siri ke-649 di laman website rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau, hukum membeli Android Box pada asalnya adalah harus. Namun begitu, sekiranya tujuan pembelian dan penggunaan peranti tersebut adalah untuk mengakses siaran berbayar dan hak cipta lain dengan cara yang salah maka ianya adalah DIHARAMKAN kerana mencerobohi hak dan menzalimi pihak lain.

Jelasnya lagi,Android Box adalah alat atau peranti yang digunakan untuk membolehkan televisyen mendapat siara-siaran dari seluruh dunia. Tambahan pula, peranti tersebut dapat membolehkan televisyen menyiarkan perkhidmatan siaran strim (streaming services) lain yang biasanya hanya boleh diakses melalui laptop, komputer, telefon dan peranti pintar yang lain.

Dr Luqman turut menjelaskan timbul isu syariah bagi katgori siaran berbayar yang sepatutnya pengguna bayar terlebih dahulu untuk mendapat akses siaran tersebut. Terdapat keadaan di mana pengguna peranti tersebut mendapat akses kepada siaran berbayar tanpa melanggannya yang seterusnya menyebabkan kerugian kepada syarikat penyiaran tersebut.

Beliau juga turut menjelaskan dengan lebih lanjut beserta dalil-dalil dilaman rasmi beliau di mana para pengguna boleh membacanya dengan klik di sini.

Fatwa ini mendapat pelbagai reaksi dari pengguna. Ada yang menerima dengan lapang dan ada juga yang mengecam tindakannya. Walau apapun penerimaan orang ramai, sepatutnya mereka yang terlibat perlu hentikan serta merta supaya setiap tindak tanduk kita tidak bercampur dengan perkara halal dan haram.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top