Resipi

Asam Pedas Ikan Salmon, Kuah Pekat Melekat, Hirup Kuah Sampai Licin

Suka makan Asam Pedas?  Sebenarnya ada banyak versi cara masak Asam Pedas namun resipi asli Asam Pedas dari Melaka yang menjadi kegilaan ramai.

Selalunya Asam Pedas menggunakan ikan laut  seperti ikan pari, ikan merah, tenggiri, ikan kembung dan sebagainya, kali ini kita cuba pula masak Asam Pedas Ikan Salmon. Jom kita cuba buat ikut resipi yang dikongsikan oleh Rozi Abdul Razak ini.

RESIPI ASAM PEDAS IKAN SALMON

BAHAN-BAHAN:

Ikan salmon
Cili kering kisar
Bawang besar/merah kisar
Air
Air asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan
Serai
Garam
Kiub ayam
Tomato

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak. Masukkan cili kering dan bawang besar/merah yang dikisar.

2. Apabila sudah naik minyak, masukkan air asam jawa dan ikan salmon.

 

3. Masukkan pula sedikit air dan serai.

 

 

4. Bila sudah agak menggelegak, masukkan garam dan sedikit kiub ayam.

5. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.

 

6. Bagi yang gemarkan belacan, boleh letak sedikit. Akhir sekali masukkan tomato.

 

 

Sumber kredit: Rozi Abdul Razak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Artikal Popular

To Top