Setiap kita diuji dengan pelbagai cara. Namun bagi anak kecil yang diuji tanpa kasih sayang seorang ibu, hidup serba kekurangan, tentunya mengundang rasa sayu.
Bayangkan anak yang masih kecil dan baru hendak ‘mengenal dunia’ ini telah diuji dengan kehidupan serba kekurangan. Polosnya wajah mereka menghadapi kesusahan yang dialami.
Perkongsian Tie Ruzilawati ini benar-benar memberi keinsafan. Betapa beruntungnya kita punya semua keperluan walaupun mungkin tidak mewah berbanding anak kecil ini yang hidup serba kekurangan. Moga kisah ini menjadi pedoman buat kita semua.
Tengah-tengah duduk tunggu Adam kat pondok sekolah tad, ada sorang budak perempuan ni datang minta duit. Tak bayank pun dia minta. Hanya untuk beli air je. Tanpa banyak cakap terus bag. Selepas beberapa minit kmudian dia datang balik untuk pulangkan baki.
Bagus budaknya. Cakap kat dia kenapa pulangkan balik baki, dia jawab, tak pe acik, saya nak seringgit je. Pagi tadi saya saya dah bawa duit belanja 3 ringgit.
Dalam hati aku berkata,”apa nak makan zaman sekarang 3 ringgit dari pagi sampai petang. Mungkin setakat itu yang familinya mampu. Dia terus duduk di belah aku. Petah budaknya. Tak padan dengan usia. Tanya dia tunggu mak datang ambil ke. Dia cakap tak. Mak tak ada. Saya tinggal dengan wan dan ayah pun kerja.
Tengah malam baru ayah balik. (ya Allah sedihnya anak-anak membesar tanpa perhatian seorang ibu) sambil dok sembang sempat mata melilau pandang dia. sedih sangat tengok, dengan baju yang kotor dan lusuh.
Kasut dua-dua belah nak tercabut tapak. Nak balik tadi cakap kat dia esok tunggu acik kat sini ya. Nanti acik bawakan kasut lain. Terus dia peluk aku. Tu yang tak tahan sambil dia berkata betul ke acik nak bagi kasut sekolah yang lain. Terkeluar air mata seorang ibu.
Kadang kala musibah orang ujian buat kita..
Hebat sungguh kasih sayang yang Allah SWT nak tunjukkan..
Semoga menjadi satu asbab yang baik..
YA ALLAH TAK BOLEH NAK BAYANGKAN ESOK-ESOK KALAU ADAM HIDUP TANPA SEORANG IBU
****************************************************************************
Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak say aucapkan..ramai sangat yg pm saya bertanya khabar dan untuk membantu adik ini..maaf tak terbalas saya satu persatu mesej saudara dan saudari semua…
tak sangka kisah yang saya tulis kemarin boleh viral sampai macam tu sekali..dan terharu sangt saya membaca komen-komen anda..dan terima kasih lagi skali di atas doa-doa kalian untuk saya dan adik itu…semoga menjadi satu asbab dan tiket untuk saya dan kita-kita semua ke syurga Allah SWT suatu hari nanti…
Seperti yang dijanjikan, semalam (17 Jun 2022) anak ini datag ke pondok sekolah…dari jauh lagi dah tengok dia tersenyum..suka tengok senyuman ikhlas dari budak sekecil itu..walaupun pemberian ini tak seberapa..tapi begitu bermakna baginya…
Bila dapat memberi, jiwa rasa tenang sangat..dalam rezeki kita ada rezeki dia..semoga anak ini menjadi anak solehah berjaya dunia dan akhirat..Aaminn..aaminn…
Sumber kredit: Tie Ruzilawati
