Umum

Berakhir Sudah Riwayat Cetakan Majalah Solusi

Sepertimana majalah cetakan lain yang sudah pun lebih awal tewas kerana teknologi dan generasi baru, kini tiba pula giliran majalah Solusi. Majalah terbitan syarikat Telaga Biru Sdn Bhd itu sangat bermanfaat memaparkan artikel berbentuk ilmiah dan agama untuk pedoman pembaca.

Kebanyakan kolumnis yang mengisi ruangan di majalah itu bukan calang-calang orang, antaranya bekas Menteri agama, Datuk Dr Mohamad Zulkifli al-Bakri, Ustaz Zahazan Mohamed, Dato’ Dr. Abdul Basit Abd Rahman, Dr Shamsiah Mohamad, Dr Azrul Azlan dan ramai lagi tokoh-tokoh ilmuan negara.

Berita menyedihkan itu dimaklumkan pihak majalah solusi menerusi laman sosial rasmi mereka di Facebook. Majalah yang bermula sejak tahun 2008 lagi itu bakal menerbitkan edisi terakhir mereka Disember ini.

Ini kenyataan rasmi dari pihak majalah Solusi.

(RASMI) SALAM TERAKHIR DARI MAJALAH SOLUSI

25 November 2021

Kehadapan pembaca Majalah Solusi sejak 2008,

  • Dukacita dimaklumkan penamatan Majalah Solusi bercetak bermula Januari 2022.
  • Solusi edisi 141 yang akan terbit pada Disember 2021 akan menjadi edisi terakhir Solusi bercetak.
  • Telaga Biru Sdn. Bhd. akan memulangkan semula semua baki bayaran langganan majalah Solusi kepada pembaca yang melanggan berserta hadiah istimewa dari kami sebagai tanda penghargaan.
  • Majalah Solusi akan menukar bentuk daripada majalah bercetak kepada majalah digital dalam masa terdekat dan akan dimaklumkan kelak.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca budiman yang menyokong majalah Solusi selama ini. Terima kasih juga kepada semua kolumnis yang berilmu dan seluruh tim penerbitan dari dulu hingga kini.

Nantikan majalah Solusi edisi terakhir, Disember ini!

Sumber: Facebook Majalah Solusi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top