Masjid adalah simbol dan tempat beribadat bagi umat Islam. Selain sebagai tempat bermunajat kepada Allah, ternyata tempat ibadat ini mempunyai fungsi dan kegunaan lain.
Tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook berkongsi tentang suasana di sebuah masjid di Amerika Syarikat.
Melalui gambar yang dikongsi di laman Facebooknya, kelihatan kanak-kanak bebas bermain di dalam masjid. Keadaan ini seakan ‘kejutan budaya’ buat rakannya yang baru tiba dari Malaysia.
Lelaki ini terkejut tengok masjid & situasi di US macam mana.
Bawa kawan baru datang dari Malaysia tadi.
Terkejut dia dalam masjid orang tua bagi budak budak main dalam masjid . Main nerf gun, ping pong et.
Paling budak budak suka main PS4.
Tapi yang dia paling terkejut bila tengok orang main rapat rapat, ramai tak pakai mask dah termasuk solat saf rapat.
Katanya dah dua tahun tak jumpa suasana macam ni.
NB: Ni bukan suggestion, just sharing sahaja situasi di USA macam mana.
KELUARGA ANA: Mungkin suatu hari nanti masjid di negara kita pun sudah boleh buat begini. Dengan cara ini,, ia dapat melatih anak-anak untuk berjinak-jinak dengan masjid sejak dari kecil lagi.
Sumber kredit: Saif Suhairi
