Keluarga

Biar Sama-sama Dapat Pahala, Suami Kenalah Bantu Isteri Urus Anak & Kerja Rumah

Alangkahnya manisnya sebuah rumah tangga jika pasangannya saling tolong  menolong antara satu sama lain. Urusan rumah tangga bukan hanya terletak pada bahu isteri semata-mata tetapi juga suami turut memainkan peranan.

Sebagai seorang suami, bantulah isteri anda menguruskan keperluan di rumah. Jika anda mahu menambah amal ibadah, isteri juga tidak terkecuali namun bantulah isteri memudahkan urusannya agar dia juga dapat sama-sama menambah amal ibadah.

Berikut perkongsian Muhammad Hassan

Ibadat infirodi ini penting. Namun kena tengok keadaan, pandang kiri kanan. Sebagai suami yang inginkan ibadah yang sempurna:

1. Jika isteri sedang memasak dan kita nak solat sunat tanya isteri. Awak nak saya bantu apa-apa tak? Saya nak solat 2 rakaat sekejap. Jika isteri kata abang main dengan anak sekejap, saya nak masak. Maka suami utamakan anak-anak.

2. Jika anak-anak berbelit ajak mak mereka main, suami tutup Mushaf Al Quran dan main dengan anak-anak. Atau bawa anak-anak keluar sekejap mungkin isteri nak rehat atau nak siapkan juadah berbuka.

3. Apabila isteri hidangkan makanan, suami kena terus ucap terima kasih sayang, kucup dahi dan tangan isteri dan doa. “Ya Allah moga asbab kebaikan isteriku masak untukku dan anak-anak, maka Ya Allah terimalah ibadat isteriku ini dan gantikan kebaikan ini dengan syurga buatnya.”

4. Ringankan tulang untuk kemas atau basuh segala pinggan mangkuk setelah makan. Inilah paling berat buat suami, namun ketahuilah senangkan hati isteri seperti kita senangkan hati ibu kita. Senangkan hati isteri kita senangkan hati ibu kepada anak-anak kita.

Demi Allah. Nilai setitik susu yang anak kita minum dari badan isteri sampai khiamat tidak akan mampu kita balas.

Isteri sapu halaman rumah itu pun dikira ibadat. Ibadat tidak semestikan solat, zikir, baca Al Quran sahaja. Jom bahagia.

Sumber kredit:  Muhammad Hassan Gambar ihsan dari Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top