Anak

Bila Anak Mula Sebut Perkataan Yang Tidak ‘Molek’ Ini Tindakan Yang Ibu Bapa Perlu Buat

Ketika anak-anak sudah mula petah bercakap, sebagai ibu bapa kita perlulah melayan mereka bersembang. Ia penting bagi melatih anak-anak untuk menguasai lebih banyak perkataan.

Memang seronok lihat anak-anak petah bercakap dan banyak bertanya. Layankan sahaja kerana mereka dalam proses untuk belajar terutama perkara-perkara baru dalam hidup mereka.

Namun bagaimana pula ibu bapa mengendalikan situasi di mana anak-anak mula menyebut perkataan -perkataan yang tidak sepatutnya disebut?

Berikut perkongsian daripada Mohd Fhais Salim yang merupakan Founder Khusyuk Parenting. Moga ia bermanfaat kepada setiap ibu bapa.

Masalah kecil je ni. Bagi kita la. Tapi bagi sesetengah anak, tak boleh sebut b*bi pun boleh jadi satu masalah besar punya. Huh!

Banyak faktor antaranya.

*anak jadi makin keliru. Ikan boleh sebut b*bi tak boleh pula
*rasa ingin tahu ( curiosity ) dia makin membuak-buak, selagi tak dapat jawapan dia tak tenang.
*Pada anak semua perkara mesti ada penjelasan, dia susah nak terima perkara yang tak dijelaskan.

Antara cara untuk terangkan pada anak tentang isu ini adalah dengan kita kaitkan:

✅ Bad Word – kata-kata yang berbentuk mengeji, mengutuk, kesar, kasar & bawa maksud negatif
✅ Good word – kata-kata yang memuji, baik, bermanfaat & bawa maksud positif

Jelaskan pada anak, b*bi memang nama untuk binatang tetapi di dalam masyarakat kita apabila sebut b*bi orang akan terima ia sebagai bad word. Jadi orang yang dengar akan rasa tersinggung, marah dan tak suka. Last sekali bagi penutup begini kat anak.

“Abg nak ke kalau ada orang benci pada abg?” InsyaAllah anak akan faham & terima penjelasan begini.
Wallahu a’lam..

Sumber kredit: Mohd Fhais Salim

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Artikal Popular

To Top