Anak

Buah Naga Ada Banyak Khasiat Yang Tak Terhingga, Jom Jadikan Buah Favourite Anak-anak

Buah cantik dengan kulit berwarna merah ini mempunyai begitu banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan manusia. Malah dek kerana banyak khasiat di dalamnya, buah naga digelar sebagai ‘super food’.

Buah naga mempunyai tekstur yang unik, daripada kulit yang seakan-akan naga hinggalah kepada isi yang berwarna merah tua tetapi ada yang berwarna putih.

Masih ramai yang beranggapan buah naga dengan isi merah dan putih mempunyai kandungan khasiat yang berbeza. Sebenarnya lebih kurang sama sahaja khasiatnya. Buah ini juga selamat untuk dimakan oleh semua peringkat umur, malah untuk ibu hamil juga.

Berikut perkongsian Dr Mazliana Mazlan tentang khasiat buah naga yang elok diberikan pada anak-anak.

Buah naga ni bahaya betul ada kat rumah saya.

Kalau anak nampak, asyik nak makan je. Suka betul.

Tapi sebab banyak sangat khasiat yang ada dalam sebiji buah naga, kita turutkan je lah apa yang anak nak.

Buah naga wajib masuk dalam list buah kita setiap minggu tau. Banyak betul vitamin dan mineral yang ada dalam buah naga.

Khasiat yang tak terhingga buat anak-anak. Jadikan buah favourite anak-anak anda juga.

Buah naga ada;

1. Serat
Bagus untuk pulihkan usus. Prebiotik semulajadi yang patut kita bagi pada anak-anak untuk seimbangkan kehidupan bakteria di usus.

2. Iron
Sumber zat besi yang anak-anak sangat perlukan untuk pertumbuhan badan.

Pelbagaikan warna buah untuk anak-anak.

3. Magnesium
Magnesium penting untuk lebih 300 reaksi kimia yang kawal sistem dalam badan. Cukup magnesium, makin baik sistem badan anak berfungsi.

4. Vitamin C
Untuk kuatkan imuniti badan kan. Bila sakit, insyaAllah cepat nak sembuh.

Aiskrim kan buah naga pun boleh ye.

Banyak lagi vitamin dan antioksida yang ada dalam buah naga.

Bagi anak makan selalu. Pelbagaikan buah, biar anak nampak warna warni buah lagi sedap dari makanan proses.  Kita cuba sama-sama ya.

Sumber kredit: Dr Mazliana Mazlan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top