Kesihatan

Bukan Sebab Kena ‘Ludah’ Dengan Jin Bila Mula Gatal-gatal Lepas Maghrib

Aduhai pedihnya kulit bila digaru-garu. Kalau tidak digaru memang rasa kurang selesa pula bila rasa gatal itu ditahan-tahan. Akhinrya tangan pun laju menggaru.

Hasilnya kulit jadi merah-merah, dan  ‘berpeta-peta.’ Pedihnya usah dikata. Satu badan jadi kurang selesa.

Biasanya ruam itu hanya muncul pada waktu malam selepas selesai mandi atau apabila cuaca sejuk sehingga anda tidak boleh tidur kerana mengalami kegatalan.

Berikut perkongsian Doktor Khairul Faizie tentang penyakit yang mungkin ramai pernah mengalaminya.

“Lepas maghrib je, dia timbul. Startlah gatal-gatal. Dah banyak hari macam ini dari minggu lepas.”

Makcik saya kata, kena ludah dengan jin”

1. Jangan cepat sangat salahkan jin.

2. Tak semua penyakit yg simptomnya ketara waktu malam/ lepas Maghrib, ialah angkara jin/sihir.

3. Kulit gatal macam dalam gambar tu, dipanggil URTICARIA. Orang Melayu panggil   gegata/gelegata.

4. Punca biasa Urticaria, ialah tindakbalas alahan – DI MAKAN (contoh ubat atau makanan)  atau SENTUHAN ( contoh pada fabrik baju, cadar, sofa, Atau sabun mandi / basuh / bahan kimia tempat kerja etc. Termasuk sentuhan pada bulu haiwan)

5. Terdedah pada cuaca panas, atau sejuk, pun boleh sebab kan Urticaria. Maka cuaca sejuk (selepas Maghrib) boleh jelaskan kenapa Urticaria terjadi berulang ulang lepas Maghrib.

Ditambah pula pakai baju malam yg agak ketat (jadi panas pula kulit).
Sengatan haiwan seperti lebah pun boleh sebabkan Urticaria. Semut gigit pun boleh.
Nyamuk gigit waktu Maghrib, pun secara teori nya boleh trigger tindakbalas Urticaria.

6. Urticaria boleh juga terjadi tanpa diketahui puncanya. Bukan sebab alahan, bukan sebab perubahan cuaca. Tapi dalam situasi macam ini, ingat, jangan nak fitnah jin dahulu.

Selalunya ada trigger ( penyebab) terjadi Urticaria yang masih anda belum temui/faham.

Apa jua punca Urticaria, ini yang berlaku kepada badan anda (yang menyebabkan kulit berubah jadi macam itu)

– paras Histamine dalam badan meningkat.
– Histamine yg banyak menyebabkan saluran darah halus di bahagian kulit terlibat menjadi terbuka ( open up ).
– Saluran darah terbuka ni yg menyebabkan kulit kelihatan kemerahan. Saluran darah terbuka juga menyebabkan bocor ( leaking) yg cecair dari saluran darah – cecair ini yg sebabkan bengkak & gatal pada kulit.

7. Urticaria boleh juga terjadi sebab keturunan. So periksa lah samada parents atau adik beradik anda hadapi masalah yg sama.

8. Urticaria ada 2 jenis:

i) Acute Urticaria – ruam gatal hilang dalam tempoh kurang 6 minggu. Kalau berulang ulang pun, tak akan lebih 6 minggu.
ii) Chronic Urticaria – ruam on off lebih dari 6 minggu.

9. Untuk kes Chronic Urticaria, pemeriksaan lanjut perlu dibuat utk cari punca sebenar. Masalah hormon thyroid, masalah jangkitan, masalah hati – ini antara punca lain kenapa Urticaria boleh terjadi secara kronik.

10. Sebagai umat Islam, tadaburlah Surah Jin. Al Quran bukan hanya untuk dibaca, dihafaz, ditaranumkan. Barulah tak cepat melatah semua keadaan yang berkaitan waktu malam/pelik sikit sahaja, salah jin.

Antara pengajaran terbesar dari Surah Jin ialah:

“Jin sendiri rasa kagum apabila mendengar bacaan Al Quran oleh Rasul SAW, lantas jin beriman.”

Maka, kalau kita dengar Al Quran sudah berpuluh tahun, tapi tak faham, tak tadabur dan tak beramal dgn Al Quran, maka boleh tak kita kata, kita lebih teruk dari Jin ? Lagi mahu hendak fitnah Jin jahat.

Sumber kredit: Doktor Khairul Faizie

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Artikal Popular

To Top