Minuman Cha Bang Ang ini pernah viral dan menjadi kegilaan ramai suatu ketika dulu. Jika anda tak pernah cuba buat air Cha Bang Ang waktu air ini virak dulu, apa kata kali ini anda cuba buat.
Kalau buat sendiri puas minum. Bahan-bahannya pun boleh ikut suka hati kita nak letak.
Jom kita ikut resipi air Cha Bang Ang seperti yang dikongsikan oleh Wani Sukarno.
RESIPI MINUMAN CHA BANG ANG
BAHAN-BAHAN:
300 gram cincau manis (potong kiub kasar)
200 gram gula perang
250 gram air tapis (untuk dimasak dan dijadikan air gula perang)
10 gram @ 1 sudu biji selasih
250 gram air panas
400 ml susu segar penuh krim (full cream milk)
400 ml @ 1 tin susu cair
5 sudu susu pekat manis
Secubit garam halus
1 sudu teh esen vanilla
500 gram ais kiub
CARA MEMBUAT:
1. Satukan gula perang, air dan esen vanilla. Masak hingga gula larut seluruhnya. Matikan api. Ketepikan dan biarkan air gula sejuk.
2. Sementara itu, rendam biji selasih di dalam air panas supaya ia kembang.
3. Di dalam satu bekas/jug, satukan semua bahan kecuali ais.
4. Kacau rata semuanya dan sedia dihidangkan.
5. Jika suka ais, masukkan ais batu ke dalam gelas berasingan sewaktu mahu menikmatinya bagi mendapatkan rasa yang lazat, tulen dan tidak cair/tawar.
Sumber: Wani Sukarno
