Resipi

Cara Buat Kuih Bom Yang Mudah, Confirm Lembut & Tak Liat

Kuih Bom yang sedap mestilah yang lembut dan paling penting tidak liat. Kalau liat, bila makan mesti rasa tak puas kan?

Kalau tiba-tiba teringin nak makan Kuih Bom yang sedap dan kena dengan selera tekak kita, apa kata kita buat sendiri sahaja. Selain puas makan, dapat pula berjimat.

Ini resipi Kuih Bom yang dikongsikan oleh Seri Sairi.

RESIPI KUIH BOM

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung pulut
2 ketul ubi keledek (direbus dan dilecek)
2 sudu tepung gandum
1 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air
Bijan

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan tepung pulut, gula, garam serta ubi keledek yang telah direbus dan dilecek tadi.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli doh sehingga tidak melekat pada tangan.

3. Bentukkan doh secara bulat.

4. Masukkan inti kelapa dalam doh tadi.

5. Sediakan bijan sebagai bedak untuk ‘make upkan’ doh tadi.

 

6. Masak adunan tadi dengan api yang sederhana perlahan sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan.

Sumber kredit: Seri Sairi

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top