Rasa yang berlemak dan manis membuatkan kuih Tepung Bungkus menjadi kesukaan ramai. Tapi boleh dikatakan agak sukar juga mendapatkan kuih Tepung Bungkus yang sedap. Kadang-kadang terkurang lemak. Apa kata kita cuba masak sendiri kuih Tepung Bungkus mengikut resepi seperti yang dikongsikan oleh Dapur Kak Chik ini. Senang sahaja hendak buat sebab sukatan guna cawan sahaja.
RESIPI KUIH TEPUNG BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
Daun pisang – layur atas api. Potong ikut saiz.
BAHAN A (UNTUK INTI)
1 biji kelapa
2 1/2 cawan gula merah
3 sudu gula pasir
3 cawan air
Daun pandan (disimpul)
Garam
2 sudu besar tepung gandum
CARA MEMBUAT:
1. Masak atas api bahan A. Sentiasa kacau. Apabila inti kering, taburkan 2 sudu besar tepung gandum. Kacau sekejap. Tutup api. Sejukkan.
2. Bulatkan kecil-kecil dan balutkan dengan adunan doh tepung pulut.
DOH TEPUNG PULUT:
1/2 paket tepung pulut bancuhkan dengan air dengan sedikit garam. Adunkan agak-agak menjadi doh seperti doh kuih koci.
BAHAN B (BANCUHAN TEPUNG BERAS)
4 cawan tepung beras
12 cawan santan ( perahan dari 1 biji kelapa)
Garam
1/2 cawan gula
2 sudu minyak masak
CARA MEMBUAT:
1.Bancuh bahan B. Masak dan kacau atas kuali sampai agak pekat. Angkat untuk dibungkus.
2. Nisbah: 1 cawan tepung beras = 3 cawan santan.
3. Masa panas-panas bungkus dengan daun pisang dan masukkan inti.
4. Kukus kuih yang sudah dibungkus sehingga masak. Anggaran 20-30 minit api sederhana. Siap untuk dinikmati.
Sumber kredit: Dapur Kak Chik
