Wanita yang bekerja dan dalam masa yang sama mengggalas tugas sebagai seorang isteri dan ibu, memang mencabar rutin harian hidup mereka.
Bagai tidak cukup masa, hari-hari mereka sering ‘dikejar’ dengan tanggungjawab di tempat kerja, menguruskan rumah tangga serta menguruskan anak-anak. Semuanya perlu ‘berjalan’ serentak. Bayangkan betapa ‘kuatnya’ seorang wanita di balim kelembutan mereka.
Melalui perkongsian Ustazah Asmak Husin beliau mencadangkan agar kaum wanita menyisihkan waktu untuk ‘me time.’
TUGAS SEORANG IBU DAN ISTERI BUKAN MUDAH:
Dari pagi kita terkejar-kejar untuk uruskan anak-anak ke sekolah. Kemudian bergegas ke tempat kerja.
Pulang ke rumah, uruskan pakaian dan makan minum keluarga. Itu belum masuk kerja dakwah dan aktiviti masyarakat.
Bagi yang bergelar suri rumah dari pagi hingga malam di rumah pasti akan ada masa kita stres dan burn out.
Sebab itu sangat penting para ibu peruntukan masa untuk “me time”. “Me time” sangat penting untuk kualiti emosi dan perasaan seorang ibu.
IDEA-IDEA ME TIME UNTUK PARA IBU:
1. Join gang muslimat surau.
2. Cari gang ngaji taman.
3. Yang berminat seni, join team marhaban kampung.
4. Bersenam di taman.
5. Tidur lepas anak pergi sekolah ( sekali sekala).
6. Facial muka atau spa.
7. Bercuti.
8. join NGO.
9. Baca buku.
10. Tonton drama/movie (sekali sekala).
Sumber kredit: Ustazah Asmak Husin
