Viral

Confirm Tak Sangkut Lagi! Lelaki Ini Kongsi Tip Pasang RFID Tag Sticker, Palang Siap Buka Lebih Awal

Sejak beberapa hari yang lalu ramai pengguna jalan raya merungut tentang masalah penggunaan sistem Radio Frequency Identification (RFID) dalam transaksi tol.

Masalah ini menjadi bualan ramai berikutan menjadi punca kesesakan di beberapa buah plaza tol seluruh negara.
Antara kawasan yang mengalami kesesakan ialah  di beberapa plaza tol di Lembah Klang termasuk Plaza Tol Putra Mahkota dan Sungai Besi sesak teruk.

Pelekat RFID yang tidak dapat dikesan oleh sistem menyebabkan ramai pengguna terpaksa berundur dan membuka semula pelekat berkenaan.

Situasi ini sudah tentu menyebabkan kesesakan lalu lintas, malah menyebabkan pengguna menanggung kos pelekat yang gagal berfungsi.

Berikut perkongsian Solihin Razali via Proton X50 Community Malaysia (PX50CM) tentang tip pemasangan sticker atau pelekat RFID seperti yang dipraktikkannya.

RFID pasang di toll, diorang test guna scanner RFID manual:
*pasang kat windscreen tak detect (katanya sebab ada tinted, kejap bunyi kejap tak bunyi)
*pasang kat lampu tak detect (kejap bunyi kejap tak bunyi)

End up diorg pasang sebelah number plat, bunyi scanner berterusan detected walau dari pelbagai angle. Saya mula2 tu ragu2 jugak, boleh detect ke idak ni.

Tapi so far dah seminggu ulang alik office, tak pernah sangkut lagi, dan yg paling BEST adalah palang buka lebih awal.

Kereta saya sebelum ni pasang di windscreen, rapat dengan palang baru bukak, but this time, puas hati!

Siapa lagi geng RFID tepi plat?

Sumber kredit: Solihin Razali via Proton X50 Community Malaysia (PX50CM)

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top