Mesti ramai yang sudah mula menerima RM10K, pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan?
Mungkin ada di antara kita yang tidak terlalu mendesak menggunakan wang tersebut untuk kelangsungan hidup.
Ini pesanan Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah. Hadamkan.
Dapat saja KWSP RM10K, kena urus baik-baik ye nak. Bukan beli baju raya, sofa baru, kasut baru tu semua. Bersederhanalah kita.
Kena beringat, duit ni ’talian hayat’ kita. Uruskan secara bijaksana. Caranya adalah dengan mengandakannya supaya masa depan kita lebih terjamin.
Tok Abah suka jika kalian gunakannya untuk:
1.BELI BARANG KEPERLUAN BELAJAR
Beli laptop atau peranti yang memudahkan urusan kita dan anak-anak kita mendapat akses internet. Dari sini, kita mudah ikuti kelas bisnes, marketing dan cara urus kewangan dengan lebih efisien. Pastikan perbelanjaan ini tak melebihi 30% dari total amount ya.
2. BELI EMAS
Melaburlah dalam pembelian emas untuk jangka masa panjang.
3. BUAT MODAL BERNIAGA
Bisnes bukan soal terus nak untung tinggi. Tetapi mencari perniagaan yang memberi manfaat untuk orang lain. Mempunyai value tinggi untuk kesejahteraan masyarakat. Dari situ baru datang keberkatan.
4. SIMPAN DALAM TABUNG AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)
ASB memiliki pelaburan unik kerana ia berisiko RENDAH dan tahap kecairan tinggi yang membolehkan kita mengeluarkannya di saat memerlukan.
5. SEDIAKAN TABUNG KECEMASAN
Jika terpaksa kita guna, utamakan untuk bayar hutang dan kos sara hidup. Namun jika tiada keperluan, kita perlu simpan baik-baik dan jangan tergunakannya terutama untuk perbelanjaan perayaan nanti.
Sahabat, anak dan cucu Tok Abah sekalian,
Pilihan di tangan kita sendiri ya. Gunakannya baik-baik dan pastikan apa yang kita ambil ini dapat jadi asbab masa depan yang lebih baik untuk kita dan keluarga.
Sampaikan pesanan Tok Abah Ini kepada semua sahabat di luar sana. Moga kita semua mendapat manfaat dan bijak mengurus hidup.
Jangan sampai duit labur melebur pula ya.
Sumber kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah
