Anak

Dengkuran di kalangan kanak-kanak! Anak hilang fokus dan asyik mengantuk. Kenali punca, risiko dan pencegahan.

anak berdengkur

Aduh nak tidur pun susah, orang sebelah asyik berbunyi krohhhh, krohhh. Jangan tak tahu, bayi dan anak kecil juga mengalami masalah berdengkur. Tak percaya, cuba lihat dan dengar bunyi yang dikeluarkan sewaktu mereka terlena.

Berdengkur bukan sahaja mengganggu orang lain, namun ia memberikan kesan negatif dan mempengaruhi gaya hidup kita, cepat penat dan mengantuk keesokan harinya.

Berdengkur, bukan semata-mata atas sebab faktor fizikal, namun faktor pemakanan dan gaya hidup turut menyumbang pada masalah ini.

Menurut pakar, dengkuran boleh menjejaskan kualiti tidur anak-anak dan kesannya berkait rapat dengan aktiviti seharian mereka. Malah ia berkait dengan bentuk fizikal dan gaya tidur, dan ketumbuhan di bahagian hidung juga boleh menyebabkan ia terjadi. Dengkuran kanak-kanak biasanya disebabkan masalah tonsil atau adenoid.

Jadi, jika ibu bapa terdengar anak-anak berdengkur, jangan risau. Belum terlambat untuk dapatkan rawatan.

PUNCA KANAK-KANAK BERDENGKUR:

  • Bentuk anatomi seperti rahang mulut yang kecil atau kanak-kanak tersebut dilahirkan dengan saluran pernafasan yang kecil.
  • Otot dan saraf yang mengawal otot pada saluran pernafasan tidak bergerak seiringan ketika tidur dan menyebabkan saluran pernafasan tidak terbuka sepenuhnya.
  • Tonsil dan adenoid bengkak (punca paling lazim).
  • Bentuk mulut iaitu sama ada lelangit lembut terlalu rendah, uvula panjang, lidah terlalu besar atau tonsil bersaiz besar — semuanya boleh menghalang saluran udara.
  • Kegemukan menyebabkan dengkuran bertambah teruk.
  • Terlalu letih.
  • Masalah saluran pernafasan.
  • Mengalami masalah apnea tidur. Seseorang itu dikatakan mengalami apnea tidur apabila pernafasannya terhenti seketika sewaktu sedang tidur.

SIAPA YANG BERISIKO?

Jika anak kerap terjaga waktu malam kerana masalah dengkur, ia menunjukkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah apnea tidur. Risiko apnea tidur boleh berlaku kepada kanak-kanak yang mengalami obesiti di mana mempunyai leher yang pendek dan besar.

Kanak-kanak alahan dan asma serta kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa asma turut berisiko tinggi untuk berdengkur.

RAWATAN DAN PENCEGAHAN

  • Rawatan bergantung kepada diagnosis yang dilakukan. Rawatan diberi mengikut sebab- sebab yang telah dikenal pasti.
  • Menghantar anak-anak berjumpa pakar ENT kerana kira-kira 85 hingga 90 peratus ia berjaya diselesaikan.
  • Ubah gaya hidup dan turunkan berat badan
  • Mengubah posisi ketika tidur.
  • Pastikan bilik tidur dalam keadaan menenangkan.
  • Didik anak amalkan waktu tidur yang tetap setiap hari.
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada terlentang
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top