Kesihatan

Doktor Ini Terangkan Ubat Apa Yang Batalkan Dan Tak Batalkan Puasa

Sepanjang menjalani ibadah puasa, ada di antara kita yang memang kurang kurang sihat. Biasalah sudah namanya manusia tentu ada harinya akan jatuh sakit.

Persoalannya setiap tahun, soalan tentang ubat apa yang membatalkan puasa dan ubat apa yang tidak membatalkan puasa sering diutarakan. Keadaan ini tentunya menimbulkan keraguan.

Melalui posting dilaman Facebooknya, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan menerangkan tentang ubat yang membatalkan puasa dan ubat yang tidak membatalkan puasa. Semoga bermanfaat.

“Ambil ubat ni batal puasa ke tak, doktor?”

Setiap kali Ramadan, ramai pesakit ragu-ragu sama ada ubat yang diambilnya akan membatalkan puasa atau tidak. Jadi mari kita ligat ubat apa yang boleh membatalkan puasa, apa yang tidak.

Ubat yang BATALKAN puasa:

◾Pil, kapsul, tablet yang ditelan
◾Cecair yang ditelan
◾Pesari (peluru yang dimasukkan ke vagina)
◾Supositori (peluru yang dimasukkan ke dubur)
◾Enema (cecair yang dimasukkan ke dubur)
◾Infusi air (masuk air melalui salur darah)

 

Ubat yang TIDAK BATALKAN puasa:

◾Titisan mata atau telinga
◾Cecair kumuran
◾Suntikan
◾Tablet sublingual(letak bawah lidah)
◾Semburan hidung
◾Sapuan/salap

Untuk pengguna ubat inhaler (sedutan) terdapat perbezaan pendapat antara ulama. Namun ulama lebih cenderung kepada tidak membatalkan puasa*

Ramai musykil sama ada swab test (ujian calitan) akan membatalkan puasa. Swab test tak membatalkan puasa.

Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top