Kesihatan

Elok Amalkan Minum Air Campuran TUJUH Bahan Ini, Dalaman Bagus, Wajah Pun Awet Muda

Ramai wanita mengambil mudah soal bab penjagaan dalaman. Selalunya yang diberikan keutamaan ialah penjagaan kulit wajah sahaja. Pendek kata hendak cantik luaran sahaja. Bab dalaman selalu dilupakan,

Sebenarnya apabila bahagian ‘dalaman’ kita terjaga  maka akan terserlahlah  keayuan semula jadi wajah seseorang wanita itu.

Petua air minuman ini elok diamalkan kerana ia banyak khasiatnya. Wajah akan kelihatan awet muda, wangikan badan dan bagus untuk rahim juga sebab ada kunyit.

Jika diamalkan secara konsisten, wajah akan kelihatan ‘pink-pink’ dan berseri.

BAHAN-BAHAN:

Kunyit 1 inci
Gula batu seketul
Serai sebatang diketuk
Halia 1 inci
Daun pandan 2 helai kalau kecil
Kayu manis 1 batang
Halba 1 sudu

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan dua cawan air.

2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan. Rebus sehingga tinggal satu cawan.

3. Minum suam-suam. Rasa segar sahaja badan lepas minum air ini. Selepas minum, asyik sendawa sahaja dan badan pun rasa ringan. Boleh amalkan seminggu tiga kali.

NOTA:  Petua ini juga boleh diamalkan oleh wanita yang masih belum berkahwin. Walau bagaimanapun jangan terlalu kerap minum air ini kerana minuman ini ada ramuan kunyit.

Sumber kredit: Norain Naim

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top