Kesihatan

Fakta Tentang Kanser Ovari, Ketahui Siapa Yang Berisiko, Peringkat Kanser & Rawatan Yang Boleh Dilakukan

Berdasarkan laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2012 hingga 2016, barah ovari adalah barah keempat paling biasa dialami wanita di negara ini.

Setiap seorang daripada 167 wanita mempunyai risiko mendapat penyakit barah ovari seumur hidup.

Lebih daripada separuh kes penyakit ini (56.3 peratus) dikesan pada peringkat lanjutan iaitu peringkat tiga dan empat.

Berikut perkongsian daripada Dr. Ahmad Samhan tentang penyakit kanser ovari.

Kanser ovari adalah kanser ke-4 yang paling tinggi di kalangan wanita di Malaysia. Ovari adalah organ yang menghasilkan telur wanita dan juga menghasilkan hormon wanita seperti estrogen dan progesteron.

SIAPA BERISIKO DAPAT KANSER OVARI?

1. Wanita yang tidak pernah hamil
2. Wanita yang tidak mempunyai banyak anak
3. Makan makanan tinggi lemak dan obesiti

4. Wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos
5. Wanita yang hamil pada usia lewat
6. Sejarah keluarga kanser ovari

APA TANDA-TANDA KANSER OVARI?

1. Keletihan yang melampau
2. Kesakitan semasa seks

3.Kesakitan di bahagian perut, pelvis, belakang, atau kaki
4. Bengkak di bahagian perut(perutnya membesar/membusung)
5. Loya, senak, gas, sembelit, atau cirit-birit
6. Pendarahan faraj yang luar biasa (tempoh berat, atau pendarahan selepas menopaus)

APAKAH PERINGKAT KANSER OVARI?

Peringkat 1: Kanser adalah pada salah satu daripada kedua-dua ovari. Ia tidak merebak ke bahagian lain badan.

Peringkat 2: Kanser telah merebak di luar ovari ke rantau pelvik. Ini boleh melibatkan rahim, tiub fallopian, pundi kencing dan rektum.

Peringkat 3: Kanser telah merebak di luar pelvis ke bahagian perut.

Peringkat 4: Kanser telah merebak di luar abdomen ke organ-organ lain seperti hati dan paru-paru.

RAWATAN KANSER OVARI

1. Pembedahan membuang ketumbuhan kanser ovari
2. Rawatan kemoterapi: rawatan ubat yang membunuh sel-sel kanser
3. Rawatan radioterapi: menggunakan dos radiasi yang tinggi untuk membunuh sel-sel kanser

Sumber kredit: Dr. Ahmad Samhan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top