Resipi

Gulai Lemak Nanas Ikan Kurau Masin, Pekena Dengan Sambal Belacan Memang ‘Terangkat’ Habis

Gulai Lemak Nanas Ikan Kurau Masin makan pula dengan ulam-ulaman, memang tak terkata nikmatnya. Tak sedar bertambah-tambah nasi di dalam pinggan.

Memang sedap lauk kampung begini. Simple tapi mampu membuka selera. Jomlah kita cuba buat Gulai Lemak Nanas Ikan Kurau Masin mengikut resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.

RESIPI GULAI LEMAK NANAS IKAN KURAU MASIN

BAHAN-BAHAN:

50gm ikan kurau masin
½ biji nanas
2 biji bawang merah ros
5 biji cili api/padi
1 biji cili merah
2 inci kunyit hidup
1 batang serai
150 ml santan pekat
1 keping asam keping

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Kupas nanas dan ketepikan. Tumbuk cili merah, cili padi, kunyit hidup dan bawang merah.

 

 

2. Masukkan ke dalam kuali bahan yang ditumbuk tadi. Tak perlu letak minyak.

3. Masukkan santan. Biarkan masak seketika.

4. Masukkan serai yang telah diketuk.

5. Masukkan ikan kurau masin. Renihkan seketika.

 

6. Masukkan nanas yang siap dipotong tadi.

7. Masukkan asam keping. Kacau biar sebati.

8. Inilah hasilnya. Bolehlah dihidangkan.

Sumber kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Artikal Popular

To Top