Anak

Ibu Bapa Kena Alert Tanda-tanda Anak Tinggi Self-Confident Antaranya Sentiasa Yakin Walaupun Salah

Setiap ibu bapa mahu setiap anak yang dilahirkan, dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam kehidupan.

Realitinya tugas mengasuh dan mendidik tidak pernah mudah, sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari. Setiap pilihan dan keputusan dibuat perlulah sentiasa rasional, berpandukan kepada rasa tanggungjawab dan hormat-menghormati.

Dalam kebanyakan situasi, asuhan dilihat menjadi titik penting dalam membentuk modal insan cemerlang. Ia membawa tiga makna iaitu melindungi, mendidik dan membesarkan anak.

Asuhan adalah peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam membesarkan anak-anak yang merangkumi setiap sudut keperluan termasuk fizikal, emosi, intelek, perlindungan dan spiritual.

Dalam proses mendidik anak-anak mungkin ada di antara anak-anak anda yang memiliki self-confident yang tinggi. Ia boleh dilihat daripada tanda-tanda pada perlakuan anak-anak.

Berikut perkongsian Mohd Fhais Salim yang merupakan seorang Parenting Coach. Moga bermanfaat untuk semua ibu bapa.

 

TANDA-TANDA ANAK YANG TINGGI SELF-CONFIDENT:

1. Dia tak mudah takut. Kita jeling la sampai terkeluar biji mata pun dia tak takut. Makin ligat adalah.

2. Dia suka buat kepala sendiri. Ajar la macam mana pun, sampai je hari kejadian tetap dia buat ikut cara dia.

3. Dia tak tahu malu. Tak ada perkataan malu dalam kamus hidup dia. Huh!

4. Dia kuat mencuba benda baru. Ini yang kita kena pantau selalu sebab dia bukan ada sense of danger.

5. Dia sentiasa yakin walaupun salah. Bagusnya anak tinggi keyakinan ni, dia tak pernah rasa diri pandai tapi dia buat apa dia yakin je.

6. Dia susah terima teguran. Kadang ada anak yang kalau salah cara cakapnya memang dia tak dengar langsung kita tegur.

7. Dia boleh berkawan dengan siapa pun. Walaupun beza umur belas tahun, tetap dia boleh berkawan.

8. Dia kuat menjawab. Kalau dia rasa dia tak salah, apa kita cakap semua ada je jawapannya.

9. Dia terlampau berani pegang binatang. Aduh, ni bahaya kadang nampak lipan pun dia cakap lipas nak di pegangnya.

Budak terlampau yakin ni mulanya leceh sikit tapi percayalah ia sangat berbaloi kelak. Self-confident tinggi ibarat kunci kepada segala kejayaan dunia. InsyaAllah..

Sumber kredit: Mohd Fhais Salim

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top