Anak

Ibu Bapa; Untuk Anak ‘Berkembang & Tumbuh’ Dengan Baik Ada Empat Perkara Mereka Perlu

Mendidik anak-anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup di kalangan ibu bapa. Zaman sekarang tidak sama dengan zaman dahulu kerana persekitaran sudah berubah.

Apa yang diamalkan oleh ibu bapa kita dahulu tidak sesuai lagi untuk diaplikasikan pada anak-anak zaman sekarang. Namun tidak semualah yang tidak sesuai dipraktikkan pada zaman sekarang tetapi banyak yang perlu diubah dan ditambah baik.

Berikut perkongsian daripada Noor Afidah Abu Bakar yang merupakan Parent Connect Consultancy. Moga bermanfaat untuk semua ibu bapa.

Anak-anak memerlukan empat perkara untuk berkembang:

1. Rasa selamat – dilindungi dari bahaya.
2. Rasa wujud – dipedulikan.
3. Rasa tenang – ditenangkan apabila terluka atau kecewa.
4. Rasa aman – percaya akan dibantu.

Semua ini boleh dicapai apabila ibubapa ‘show up’ atau hadirkan diri dalam hidup anak apabila diperlukan.

Ibubapa yang ‘show up’ adalah ibubapa yang memberi sepenuh perhatian dan kesedaran apabila berada bersama anak.

Ibubapa yang ‘show up’ bukan hanya hadir secara fizikal, malah juga hadir mental dan emosi untuk anak pada masa tersebut.

Ibubapa masa kini tidak ‘show up’ kerana,
> Waktu kerja yang panjang dan berlebihan.
> Memenuhi tuntutan dan gaya hidup moden.
> Membiarkan masa skrin mengambil tempat masa yang selama ini diluangkan bersama anak-anak.

Peranti digital menjadi penghalang untuk ibubapa ‘show up’ dalam hidup anak. Walaupun ibubapa hadir secara fizikal tetapi tidak ‘engage’ dengan anak.

Perkara ini mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku anak-anak masa kini. ‘History is not destiny’.

Masa lalu bukan penentu masa hadapan.

Kesilapan ayah atau ibu kita kerana tidak ‘show up’ bukannya salah kita.

Tetapi kita bertanggungjawab akan apa yang kita lakukan sekarang ini dengan anak-anak kita.

Dengan merenung masa lalu kita, bagaimana kita dididik dan dibesarkan dahulu akan membolehkan kita menjadi ibu bapa yang kita impikan.

Bagaimana kita dibesarkan adalah sejarah masa lalu.

Bagaimana kita membesarkan dan mendidik anak kita adalah masa hadapan.

Walaupun mungkin kita melalui zaman kanak-kanak yang tidak menyenangkan , tanpa rasa selamat, tanpa rasa wujud, tanpa rasa tenang dan tanpa rasa aman, kekurangan itu bukanlah penghalang untuk kita mewujudkan perhubungan yang rapat dengan dengan anak.

Kita tidak perlu membiarkan pengalaman masa lalu mendominasikan cara kita meneruskan kehidupan kita kini dan bagaimana kita membesarkan anak-anak kita kini.

Yang diperlukan oleh anak-anak bukannya ibubapa yang sempurna, tetapi ibubapa yang hadir fizikal, mental dan emosi secara konsisten setiap kali apabila diperlukan.

Manusia boleh berubah untuk mengubah keadaan.

“History is not destiny”- Siegel & Bryson.

Sumber kredit: Parent Connect Consultancy Noor Afidah Abu Bakar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top