Resipi

Ini Cara Buat Mee Celup Thai, Rasanya Lagi Sedap Dari Makan Kat Kedai

Hidangan mee celup, bihun celup dan maggi celup cukup popular di Pantai Timur dan menggunakan kuah yang sama. Kuah Mee Celup Thai biasanya berwarna gelap dan pekat menjadikan ia cukup sempurna untuk dinikmati.

Teringin nak makan Mee Celup Thai yang ‘super sedap’? Mari kita buat sendiri mengikut resipi yang dikongsikan oleh Faziela Lala ini.

RESIPI MEE CELUP THAI

BAHAN UNTUK KUAH:

Tulang/daging/ayam
1 paket rempah sup Thai (pek oren)
Bawang putih *diketuk
Serai *diketuk
Akar ketumbar
Daun ketumbar *diblender
Halia
Lengkuas
Kicap sotong/ sos ikan
Kicap Mountain Thai
Serbuk perasa

CARA MEMBUAT:

1. Tumis bawang putih, akar daun ketumbar, serai, halia, lengkuas dan 1 paket rempah sup thai sehingga naik bau.

 

 

2. Kemudian masukkan daun ketumbar yang telah diblender untuk menaikkan lagi aroma kuah, kicap sotong dan kicap Mountain Thai.

3. Tambahkan air berserta daging/ayam, garam dan serbuk perasa. Rebus sehingga daging empuk. Bila daging sudah empuk, keluarkan dan hiris nipis-nipis.

UNTUK BAHAN CELUR:

Kangkung/sawi
Tauge
Mee/kuew teow/ bee hoon/Meggi Thai

UNTUK BAHAN PENAMBAH RASA:

Lada jeruk
Limau nipis
Bawang goreng
Bawang putih goreng
Kacang tumbuk
Serbuk lada sulah
Minyak cili

*Bahan penambah rasa boleh juga beli yang sudah siap.

CARA HIDANG:

Masukkan bahan celur dan bahan penambah rasa. Tuangkan sup. Susun juga hirisan daging di atasnya. Boleh juga letak telur separuh goreng separuh masak jika suka.

 

 

Sumber kredit: Faziela Lala

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Artikal Popular

To Top