Kesihatan

Ini Fakta Mengapa Kita Perlu Ambil Protein Ketika Berpuasa Enam

Ramai yang sudah mula puasa enam. Puasa enam antara amalan sunat yang menjadi rebutan umat Islam dalam bulan Syawal.

Dalam menilai sejauh mana kedudukan puasa Ramadan seseorang Muslim, maka puasa enam boleh dianggap antara kayu pengukur tahap ketakwaan selepas berjaya melaksanakan sebulan puasa.

Nabi SAW bersabda: “Berpuasa sebulan (pada Ramadan itu disamakan) dengan 10 bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (pada Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.” (HR Nasa’ie)

Namun jangan pula abaikan soal kesihatan. Amat penting untuk kita menjaga soal pemakanan ketika berpuasa agar tubuh kekal cergas dan bertenaga.

Dengan cara ini amal ibadah kita akan berjalan dengan lancar. Berikut perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar

TUJUH SEBAB PERLU AMBIL PROTEIN KETIKA PUASA ENAM

Untuk puasa enam ini teruskan ambil protein ya. Protein penting untuk tubuh. Tiap-tiap menu ambil. Sumber terbaik daripada tumbuh-tumbuhan.

sayur

Protein penting sebab:

1. Bolehkan kita bergerak

2. Sokongan kepada struktur sel.

3. Berperanan transport kan molekul di dalam sel serta ke seluruh tubuh.

4. Bertindak sebagai messenger dan menghantar signal kepada sel dan tisu.

5. Sebahagian dari sistem imun dan bertindak sebagai antibodi. Bertindak menyerang penceroboh yang cuba ceroboh sistem dalam tubuh.

6. Berperanan sebagai enzim. Penting sebagai catalyst kepada tindakbalas ribuan kimia di dalam sel.

7. Protein mengeluarkan tenaga untuk keperluan tubuh.

Ringkasnya ambil saja protein setiap hari. Kurang protein beri impak buruk pada kesihatan. Hilang otot, letih, perkembangan terbantut dan lemah sistem imun adalah hadiah dari diet kurang protein.

Sumber kredit: Dr Rizal Abu Bakar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top