Kesihatan

Kalau Suka Sangat Makan Biskut, Ini LIMA Perkara Yang Anda Patut Ambil Tahu

Makan biskut sambil celup kopi atau teh panas memang asyik bukan? Tidak kiralah sambil bersembang dengan rakan-rakan atau pun lepak-lepak sambil ‘scroll’ telefon.

Ada juga yang menjadikan ‘amalan’ makan biskut ini sebagai langkah atau teknik untuk menurunkan berat badan. Tak makan nasi tapi makan biskut.

Baca perkongsian Dr Hafiz Sulaiman tentang mengapa biskut tidak bagus untuk diamalkan dalam diet harian

LIMA SEBAB BISKUT TAK SIHAT

Mungkin ramai yang sudah biasa dengan amalan makan biskut setiap hari. Ada yang makan biskut dengan alasan kononnya untuk sihat dan kurus.

Tidak dapat dinafikan memang bukan semua biskut bahaya. Tapi untuk amalkan harian, jadi snacking food, disenaraikan 5 risiko kesihatan amalan harian biskut ini.

MENYUMBAT SALUR DARAH JANTUNG, OTAL, ORGAN-ORGAN DALAMAN BADAN DAN MEROSAKKAN SARAF

Lemak Trans biasa terdapat dalam sesetengah biskut menggunakan marjerin atau lemak bukan tenusu. Perhatikan label mengandungi (partially hydrogenated), jangan beli!

Lemak tiruan paling toksik ni sudah diharamkan banyak negara. Walaupun kandungannya sedikit, lemak trans ini membunuh badan dengan senyap dan perlahan.

MAJORITI BISKUT IALAH JUNKFOOD

Biskut ni makanan tinggi proses. Nutrien rendah atau terhapus ketika pemprosesannya.

Pakar diet panggilnya “kalori kosong”. Bukan zero kalori. Tapi kalori dengan zat menghampiri kosong. Macam roti canailah.

Malah biskut ditambah pengawet, perisa, pewarna yang mungkin tidak sihat untuk badan.

MENGGEMUKKAN. MENINGGIKAN GULA DARAH

Banyak biskut tinggi karbohidrat diperhalusi.. mengakibatkan penyerapan kanji yang tinggi dalam darah. Akibatnya, paras gula darah mencanak tinggi menyebabkan susah kurus. Susah nak kawal gula darah bagi penderita diabetes.

Kopi dan biskut kering (kraker), resepi ketagihan makanan. Agaknya, senang nak berhenti tak bila mula ambil makanan craving ni.

MENGANGGU IMUN, MENGGANGGU HORMON

Biskut gandum, biskut barli mengandungi gluten.. penyebab “leaky gut” punca gangguan imun.

Punca masalah angin. Punca kebakaran dalaman (inflammation).

Tak hairan lepas makan biskut, refluks asid (GERD), kembung… Jadi gatal merah (ekzema,psoriasis, autoimun) lepas makan biskut.

MENGANDUNGI BAHAN PENYEBAB KANSER

Aldehyde, peroxide, Acrylamide.

Sesetengah biskut menggunakan lemak tak sihat seperti minyak bunga matahari dan minyak soya. Minyak ini bila dipanaskan, digoreng atau dibakar menghasilkan aldehyde dan peroxide.

Acrylamide pula terhasil apabila bijirin dipanaskan. Memang sikit, tapi lama-lama jadi bukit, bikin penyakit.

Bukan semua biskut teruk. Kita “cuma” perlu pilih biskut:

*Tanpa lemak trans.
*Kurang aditif seperti pengawet, perisa, pewarna.
*Rendah kanji. “Low carb atau keto”
*Gluten free
*Pilih biskut dengan lemak sawit, elakkan biskut mengandungi sunflower dan soya untuk mengelakkan peroksida dan aldehyde. Acrylamide tak dapat buat apa.

Dulu saya belek label konon nak pilih biskut kurang mudarat.. Sekarang saya abaikan je sebab saya tak makan selalu..pada saya amalan harian memang jadi mudarat..

Saya makan biskut sebab sedap. Sekali sekala jadi kudapan kegembiraan tapi tidak sesekali amalan untuk sihat. Tidak sama sekali.

Sumber kredit: Hafiz Sulaiman

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Artikal Popular

To Top