Anak

Kenapa Perlu Ajar Anak Tidur Asing Seawal Usia 4 Tahun? Ibu Ini Kongsi Faktanya

Anda masih tidur dengan anak yang sudah berumur 4 tahun atau 5 tahun? Jika anda masih lagi tidur dengan anak-anak dalam usia mereka begini, sudah tiba masanya untuk anda mengasingkan tempat tidur mereka.

Memisahkan tempat tidur antara anak-anak adalah satu didikan ibu bapa kepada anak dalam menjaga batas auratnya walaupun sesama ahli keluarga.

Perkara ini bukan sahaja perlu dititikberatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka yang belum baligh, malah lebih wajar diwajibkan sekiranya anak telah baligh dan berupaya menguruskan dirinya.

Didikan adab ini sebaiknya dilakukan ketika anak-anak masih kecil supaya mereka tidak mengalami kesan-kesan negatif dari sudut emosi anak-anak apabila dilaksanakan tanpa latihan yang berperingkat.

Berikut perkongsian seorang ibu iaitu Ameera bagaimana dia melatih anak-anaknya untuk tidur berasingan seawal usia 4 tahun.

Ajar dan didik anak untuk tidur berasingan dari kita seawal 4 tahun. Ini yang ibu buat dan praktikkan, Alhamdullillah berhasil.
Dengar dan sabar dulu, ibu terangkan.

Jangan terus cakap “ishhh kecil lagi tu, mana boleh tidur asing”

Jawapannya Boleh! dah diasuh perlahan lahan, anak anak akan terbiasa. Buat pun belum dah complain.

Permulaan anak-anak memang akan menangis, mereka tidak boleh terima hakikat kena tidur asing dari ibu. Sorang 4 tahun, sorang 6 tahun.

Apa yang ibu buat, tidur kan anak teman kan dia dulu, tepok tepok sambil bercerita atau nyanyi lagu, Nyanyi lagu paling femes ok, kalau tak , pasti taknak tidur. Gurau😝

AMBIL MASA UNTUK LATIH ANAK-ANAK

Alhamdullillah, anak-anak tidur dengan jayanya, tapi tak berjaya lagi tau, jangan sangka anak-anak akan lena sampai esok, hahaha, anak anak akan sedar dan ketuk pintu bilik kita sambil nangis, ( buka lah pintu bu, buka lah pintu ) ibu ingat hantu weh, rupanya suara halus tu anak aku. Hahaha

Benarkan anak kita masuk dalam bilik kita, biarkan tidur semula dengan kita. Tidak mengapa, beberapa jam sudah berlalu untuk permulaan dah cukup baik, esok dan seterusnya buat lagi dan lagi, ini yang ibu buat selama sebulan. Sebulan tau, bukan seminggu.

Anak akan terjaga tu normal, jangan di marah. Ibu ni garang orang nya, Jika dibandingkan dengan suami, anak anak jawab “ibu garang macam lion” kata nya. Ermmmmm lion weh! Lantak kan.

Sekarang ni terbaik dah, tepat pukul 9.00 malam anak anak dah tahu dah masuk bilik masing-masing, tak perlu nak beritahu berulang kali lagi, tidak perlu nak tepok dan bernyanyi mengalahkan buat konsert. 4 lagu kot.

ANAK IKUT APA YANG KITA BUAT

Siap salam, cium pipi. “ Assalammualaikum ibu, good night ibu, love u ibu , satu pelukan dulu ibu “ Happy nya daku. Yahooo tak ganggu dah tidur malam kita nak buat acara apa-apa pun. Ingat, anak-anak ni suka ikut apa kita buat. Suka tiru apa kita buat.

Bahaya sebenarnya bila kita tak ajar anak-anak tido berasingan. Budak-budak sekarang terlebih bijak. Semua benda dia nak tanya, Awas ye ibu bapa di luar sana. Macam-macam soalan nanti anak tanya. Berpeluh kita nak jawab.

Asingkan tempat tidur mereka dengan kita.

JIKA TAK BUAT SEKARANG BILA LAGI?

1- Terangkan pada anak anak yang mereka dah besar, dah jadi kakak atau abang. Tak boleh tidur lagi dengan kita.

2- Berdikari supaya mereka tahu untuk kemas katil sendiri dan susun bantal . Nanti belikan cadar gambar apa yang mereka suka.

3- Sediakan tempat tidur mereka cantik dan bersih. Tidak perlu perabot ribuan ringgit, janji bersih dan kemas . Anak anak dah cukup happy.

4- Letak Lampu kecil supaya bilik mereka tidak terlalu gelap, kita yang gelap pun takut apatah lagi anak-anak kecil. Bagi cerah sikit ala-ala romantik gitu.

5- Janji bila berjaya bagi reward pada mereka. Reward jangan melampau, takat gula-gula dan aiskrim dah cukup. Bukan hari hari.

6- Sebelum tidur baca ayat 3 Qul, latih dan biar mereka ikut kita baca sama.

7- Pimpin tangan anak anak bawa masuk ke bilik, mereka rasa sangat selamat. Nampak kecil tapi impak bagi mereka sangat besar.

8- Sentiasa puji mereka. Tahniah berjaya tidur bilik sendiri, berani, cantik. macam ni lah anak ibu. Contoh.

9- Anak anak juga pandai hormat dan jaga adab. Sebelum masuk bilik mereka mengetuk pintu dan meminta izin terlebih dahulu untuk masuk. ( ibu, boleh masuk? )

10- Permulaan nak didik perlukan kesabaran,

Buat sahaja, Insyaallah pasti berjaya.  Ibu dah buktikan dengan cara ini anak-anak tidur di bilik mereka masing-masing . Semoga bermanfaat.

Sumber kredit: Ameera

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top