Viral

Kesan Trauma Zaman Kanak-kanak, Perangai & Emosi Berubah, Anak Hilang Keyakinan Diri

Trauma pada kanak-kanak boleh membuatkan mereka hilang keyakinan diri selain  menyebabkan mereka tidak lagi rasa dihargai. Secara tidak langsung ia boleh menjejaskan personaliti mereka.

Berikut perkongsian daripada Dr Suriyakhatun tentang kisah viral seorang murid yang dipotong rambutnya di khalayak ramai.

Bila saya bertindak menyuarakan kebimbangan saya terhadap kemurungan seorang anak remaja lelaki setelah di malukan di hadapan warga sekolah dan rambutnya di cacatkan, saya terima maklum balas yang bercampur antara mengecam guru dan mengecam murid dan ibunya.

Sebenarnya perspektif saya adalah trauma anak itu di mana kita sudah nampak perubahan perangai dan emosinya selepas kejadian dan mungkin berlarutan lagi.

Gambar sekadar hiasan.

Seperti yang saya beritahu bagi jiwa yang sensitif dan bagi orang yang mungkin ada genetik penyakit murung, ia boleh mencetuskan penyakit murung yang berlarutan walaupun satu saja peristiwa yang berlaku.

Bagi anak yang sensitif ia satu perkara yang pecahkan keyakinan diri dan pecahkan juga imej diri nya yang telah terbina selama ini. Murid berkenaan sensitif dan juga buken jenis budak nakal . Itu yang jelas dari penulisan ibunya.

Apapun posting ini bukan tentang anak itu tetaoi sekarang saya nak beritahu bahawa trauma emosi kepada anak-anak boleh mempengaruhi watak dan tingkah laku sehingga dewasa.

Antara maklumbalas di posting saya, ramai pula dewasa yang berkata mereka pemarah, cepat risau dan alami kemurungan. Mereka yang menulis sedar bahawa ia berlaku kerana ada trauma masa kecil. Boleh baca sendiri di bahagian komen posting yang lepas.

Walapun rumit, di kalangan pesakit saya yang mengidap kemurungan dan tidak dapat nak mengawal marah, benci, risau dan lain-lain, ada cara nak sembuh dari trauma silam.

Bagi Cikgu-cikgu dan ibu ayah yang berkata anak sekarang lembik, ibu ayah terlalu melindung, zaman mereka dulu lagi teruk kena , sebenarnya zaman berubah dan generasi anak cucu kita tidak sama dengan kita atau ibu ayah kita atas banyak faktor. Kita tidak boleh suruh anak-anak ini jadi seperti orang zaman silam, kerana hidup mereka jauh beza dengan zaman silam.

Sebenarnya sejak kita lalui wabak yang lepas yang memberi kita pengalaman yang buruk dari banyak aspek telah menyebabkan tekanan emosi yang agak ketara di kalangan anak-anak serta dewasa. Sekarang saya merawat lagi ramai remaja yang kemurungan dari sebelum ini dan banyak faktor yang menjadi penyebabnya.

Pada pendidik perlu meninjau dan mengkaji aspek emosi anak-anak. Saya amat berharap pendidik tidak akan menyampah membenci dan jemu untuk tangani remaja yang pada sangkaan mereka mengada melampau terlalu ikut fesyen kerana ada kemungkinan ini adalah coping mechanism” mereka terhadap tekanan yang mereka hadapi.

Sumber kredit: Dr Suriyakhatun

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top