Kuih Tepung Gomak walaupun tergolong antara kuih ‘orang-orang lama’ namun tetap evergreen hingga ke hari ini.
Malah permintaan kuih Tepung Gomak ini masih lagi ada kerana golongan muda juga turut menggemarinya.
Ini resipi kuih Tepung Gomak Perisa Pandan yang dikongsikan oleh Rozita Daud
RESIPI TEPUNG GOMAK PERISA PANDAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK INTI:
1 biji kelapa muda (ambil putih sahaja)
*2 senduk gula merah
*Sedikit gula pasir
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam kuali dan letak sedikit air.
2. Masak supaya gula merah cair, barulah masukkan kelapa putih.
3. Kacau sampai kering sikit. Tutup api biar sejuk.
BAHAN UNTUK DOH/KULIT:
1 biji keledek oren (buang kulit dan rebus) letak 1 sudu kecil garam
1/2 bungkus tepung pulut
Sedikit perisa pandan
CARA MEMBUAT:
1.Siap rebus keledek, kisar sekejap. Letak ke dalam bekas keledik. Masuk sekali perisa pandan.
2. Seterusnya masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit.
3. Uli sampai tidak melekat pada tangan (siap seperti doh).
4. Sangai tepung beras. Ketepikan.
5. Ambil sedikit doh, buat bulat-bulat. Tekan ke dalam.
6. Ambil inti kelapa dan diletakkan di tengah-tengah doh. Buat bulat-bulat.
7. Masak air panas. Masukkan doh yang siap dibulat-bulatkan tadi. Biarkan naik sendiri macam buah Melaka.
8. Angkat dan toskan sekejap.
9. Letak dalam kuali yang berisi tepung beras yang disangai tadi. Gaul adunan tadi.
10. Biarkan sejuk sedikit. Apabila sudah sejuk, tekan leper. Buat sehingga habis.
11. Siap! Bolehlah dihidang.
Sumber kredit: Rozita Daud
