Resipi

Kuih Tepung Talam Gula Kabung Yang Manis & Berlemak, Makan Sepotong Mana Cukup

Kuih Tepung Talam antara menu kuih muih tradisional yang tetap mendapat sambutan walaupun dikategorikan sebagai kuih tradisional yang kebiasaannya disukai oleh ‘orang-orang’ lama. Namun ia tidak bermakna kuih  Tepung Talam ini tidak disukai oleh golongan muda.

Jika di Pahang, ramai yang suka sangat bahagian merahnya itu agak lembik-lembik. Jika keras, agak kurang sedap.

Marilah kita cuba buat kuih Tepung Talam Gula Kabung yang resipinya dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad

RESIPI KUIH TEPUNG TALAM GULA KABUNG

BAHAGIAN PUTIH:

1/2 kg santan
2 cawan air
200gm tepung gandum
Secubit garam

BAHAGIAN MERAH

4 cawan air gula kabung (2 ketul gula kabung + 5 cawan air, didihkan sampai jadi 4 cawan)
3 cawan santan
1 1/2 cawan tepung gandum

CARA MEMBUAT:

1. Mula-mula ayak dulu tepung gandum.

2. Gunakan besen dan masukkan santan. Masukkan garam dan kacau.

3. Masukkan tepung yang sudah diayak tadi ke dalam besen santan. Gaul guna whisk.

4. Kalau pekat sangat. Masukkan air sedikit demi sedikit.

5. Tapis lagi supaya betul-betul halus.

6. Tuang ke dalam loyang. Adunan ini boleh dapat 2 loyang saiz 8 inci. Buat dalam 1-2 sm sahaja tebal.

7. Masukkan air gula ke dalam besen.

8. Masukkan santan dalam besen.

9. Tuangkan air gula merah ke dalam besen yang berisi santan.

10. Kemudian masukkan tepung.

11. Sudah siap kacau, tapis.

12. Kukus yang putih tadi dalam 10 minit. Dah siap ia akan mengeras sikit.

13. Tutup periuk kukus. Elok balut penutup kukus dengan kain.

14. Dah masak bahagian bawah, masukkan bahagian atas pula. Yang merah itulah. Gunakan senduk dan tuang sedikt demi sedikit. supaya bahagian putih tidak rosak.

15. Kukus lagi. Kali ini lama sikit dalam 25 minit. Dah siap, tutup api. Bolehlah dihidangkan.

Sumber kredit: Khairul Hakimin Muhammad

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top