Viral

“Menyesal Jadi Ibu….” Ini Tanda-tanda Anda Alami Parental Burnout…Pakar Psikiatri Kongsi Faktanya

Terma ‘burnout’ sering digunapakai akhir-akhir ini untuk menggambarkan keadaan stres. Ia merupakan satu keadaan di mana berlakunya keletihan yang ketara dari segi fizikal, emosi dan mental beserta perasaan ragu tentang keupayan diri.

Diperkenalkan pada tahun 1974 oleh seorang pakar psikologi iaitu Herbert Freudenberger, terma ‘burnout’ baru diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai satu sindrom klinikal pada tahun 2019.

Bukan golongan yang bekerja sahaja yang mengalami masalah ‘burnout’ tetapi juga di kalangan ibu bapa terutama di kalangan ibu.

Berikut penjelasan lengkap daripada Dr Rozanizam Zakaria yang merupakan Pakar Psikiatri. Moga info yang diberikan dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan harian.

IBU YANG MENYESAL JADI IBU?

Semalam viral rakaman perbualan antara seorang ibu dan DJ radio yang mengadu tekanan yang dihadapi akibat bebanan menjaga anak yang masih kecil dalam keadaan suami tinggal berasingan.

Macam-macam reaksi netizen pasal isu ini. Terutama yang tidak puas hati dengan respon dari mereka yang mendengar luahan tersebut.

Pagi ini saya dihubungi oleh radio tersebut untuk berkongsi topik burnout. Jadi kita gunakan kesempatan ini untuk belajar isu parental burnout, supaya kita boleh memahami apa yang sebenarnya dialami oleh ibu-ibu sebegini dan apa yang kita boleh buat untuk bantu.

APAKAH TANDA BURNOUT?

*Hilang/berkurang rasa kasih sayang pada anak
*Mula datang fikiran yang kita bukan ibu/ayah yang baik
*Selalu bad mood/mudah marah
*Selalu kelesuan/penat
*Kesihatan merosot
*Rasa sunyi/sendirian

 

SIAPAKAH YANG BERISIKO?

*Mereka yang kurang sokongan
* Mengalami masalah kewangan
*Ibu/ayah yang masih muda
*Anak yang masih kecil
*Anak ada masalah kesihatan/perkembangan
*Pernah ada sejarah masalah kesihatan mental
*Perfectionist
*Sukar berkongsi/minta sokongan

BAGAIMANA NAK ATASI BURNOUT?

*Dapatkan bantuan, jangan takut untuk menyuarakan masalah anda kepada orang sekeliling
*Sediakan ruang untuk penjagaan diri sendiri seperti tidur yang mencukupi, makanan teratur, masa untuk riadah (mengikut kemampuan anda)
*Amalkan teknik relaksasi secara berkala
*Tetapkan had berdasarkan kemampuan anda seara realistik, contohnya jujur untuk menolak tugasan yang dirasakan tidak mampu, tak apa jika ada kalanya rumah bersepah.
*Perbaiki perspektif terhadap masalah, contohnya melihat hikmah dan kebaikan yang datang dari sesuatu ujian
*Belajar mengendalikan stress
*Menyusun tugasan mengikut prioriti
*Bersifat realistik dan praktikal dalam sesuatu tugas – jangan terlalu mengejar kesempurnaan, terlalu mengambil perhatian kepada kritikan
*Orang sekeliling juga main peranan dengan berkongsi bebanan secara bersama
*Bina kekuatan spiritual untuk membina ketahanan diri

BAGAIMANA KITA BOLEH MEMBANTU:

*Look – perhatikan mereka yang bersiko disekeliling kita, ambil tahu
*Listen – mendengar dengan empati
*Link – hubungkan mereka dengan bantuan sama ada praktikal ataupun sokongan emosi

Sumber kredit: Dr Rozanizam Zakaria

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top