Bagi mereka yang dalam usaha menurunkan berat badan, tentunya apabila mendengar apa-apa sahaja produk yang dapat membantu mempercepatkan proses menurunkan akan segera ‘dicari.’
Tular baru-baru ini tentang susu yang dikatakan dapat membantu menrunkan berat badan.
Melalui perkongsian Mohd Khairul Azuan (Dietitian) ini penjelasan tentang susu kurus yang dikatakan mampu menurunkan berat badan.
Sehari dua ni berlegar-legar di media sosial berkenaan satu posting ‘susu kurus terbaik’ yang di sarankan doktor dan farmasi. Jadi biar saya betulkan info yang diberikan.
Kalau orang tanya saya, betul ke ni? Saya akan jawab tak salah tapi kurang tepat.
Yang paling utama, ini adalah susu (oral nutritional supplement) jenis ‘disease specific’ iaitu khas untuk pesakit kencing manis.
Ada jenama lain juga yang sama fungsi dengan susu ni dan memberikan khasiat yang sama. Paling penting adalah ia tinggi protein, tenaga dan membantu kawalan gula dalam darah.
LAIN-LAIN FAKTA PENTING:
1. Ini bukanlah susu kurus semata-mata, kerana di hospital kami guna juga untuk naikkan berat badan pesakit. Susu ni, atau kami panggil oral nutritional supplement mempunyai nutrisi yang lengkap dan boleh digunakan sebagai meal replacement.
2. Untuk mereka yang nak turunkan berat badan, susu ini dan juga ada beberapa jenama lain yang seangkatan dengannnya juga boleh digunakan sebagai meal replacement. Meal replacement bermaksud pengganti makan samada ganti breakfast, lunch atau dinner. Boleh juga digunakan sebagai snek jika diambil dalam separuh jumlah sajiannya.
3. Ini bukan susu turunkan berat badan TERBAIK. Susu ini adalah salah satu pilihan dari pelbagai lagi jenama lain yang ada di pasaran. Jangan ambil sesuka hati kerana jika anda mempunyai masalah buah pinggang, dikhuatiri protein yang tinggi dalam susu jenis ni dan yang di pasaran dapat memburukan masalah buah pinggang.
4. Susu jenis ini sesuai diambil oleh pesakit diabetes yang mahu turunkan berat badan, naikkan berat badan atau memberi pilihan snek yang lebih baik bila tiada snek lain. Sihat tapi perlu kena cara.
5. Nak ambil untuk sahur? Boleh tak ada masalah. Kerana ia melepaskan tenaga perlahan-lahan dan memberikan kawalan gula yang lebih baik. Ia juga mempunyai whey protein dan casein. Jika kita tiada kencing manis, ada susu lebih kurang ni yang memberi fungsi dan khasiat yang sama. Nanti saya kongsi jika ada komen bertanya.
POIN PENTING:
1) Ia bukan susu kurus terbaik. Ada jenama lain setara dengan khasiat dan fungsi. Untuk bukan pesakit diabetes adan brand lain.
2) Ia juga boleh digunakan untuk naikkan berat badan bagi pesakit diabetes yang kurang selera makan.
Sumber kredit: Mohd Khairul Azuan (Dietitian)
