Resipi

Nikmatnya Makan Sambal Pauh Kelantan Dengan Nasi Panas, Hanya Guna EMPAT Bahan

Seakan tidak lengkap hidangan di atas meja tanpa ada sambal. Pendek kata dengan hanya menu sambal, habis ‘lari’ semua diet.

Kita selalu buat sambal belacan, apa kata kali ini cuba sambal jenis yang lain pula. Sambal Pauh Kelantan memang lain dari yang lain. Pasti makan nasi bertambah-tambah.

Sambal pauh Kelantan ini  mudah sahaja untuk disediakan. Bahan pun tidak banyak. Sesuai sangat dinikmati apatah lagi bulan Ramadan pun tidak berapa lagi akan ‘menjelma.’

Boleh cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Husna Ezanee

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung
3 biji mangga muda
5 biji cili padi (hendak lebih pedas boleh tambah lagi)
Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Rebus ikan kembung dengan sedikit garam. Ambil isi ikan.

2. Tumbuk cili padi bersama garam dan gula sehingga lumat. Kemudian masukkan isi ikan tadi dan tumbuk sehingga sebati.

3. Akhir sekali masukkan mangga muda yang disagat halus.

4. Tumbuk bersama bahan-bahan tadi. Siap! Mudah sangat hendak buat.

Sambal pauh Kelantan ini sesuai sangat dimakan bersama nasi panas. Selalunya ketika bulan Ramadan, menu ini menjadi hidangan pembuka selera.

Selamat mencuba!

Sumber kredit: Husna Ezanee via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top