Umum

Pencinta Kucing Ini Kongsi Bajet Buat ‘Istana’ & Tip Penjagaan Si Bulus

Bagi pencinta kucing tentunya mahukan yang terbaik buat anak-anak bulus yang mereka pelihara. Bermula daripada makanan, penjagaan kesihatan sehinggalah ruang khas untuk si anak bulus, semuanya kalau boleh pencinta kucing inginkan yang terbaik.

Jika ada bajet lebih, bolehlah cuba buatkan ‘istana’ untuk nak-anak bulus anda seperti yang dikongsikan oleh salah seorang pencinta kucing, Muhammad Heikal Ismail .

Pada mulanya saya bela kucing dalam sangkar tiga tingkat di luar rumah. Waktu itu serba kekurangan.

Kesian juga tengok kucing saya asyik jelir lidah kepanasan tapi kalau lepaskan takut die lari ke luar pula kang ada yang culik.

Lepas tu saya bela dalam rumah tapi macam-macam cara saya fikirkan supaya rumah sentiasa kemas bersih dan tak ada bau tapi saya tidak dapat menemui cara terbaik.

Oleh itu, saya decide nak buat rumah khas untuk mereka supaya keluarga yang datang tidak rasa geli dan kurang selesa.

Saya juga boleh main-main dengan mereka dalam rumah kucing ini dan waktu malam saya lepaskan mereka untuk main di porch tapi mereka pandai masuk semula bila dah puas bermain.

Rumah untuk empat ekor anak bulus saya. Sebelum ini saya letak dalam sangkar tiga tingkat tapi kesian tengok dorang sempit dalam tu. Saya pun survey tapi kebanyakan yang buat custom made rumah kucing harga lebih lima ribu macam tu.

Jadi saya pun survey sana sini tanya orang buat sangkar, tengok youtube Indonesia, refer kt google. Saya beli kayu tu semua dulu kt shopee pasang siap-siap. Lepas tu saya cari orang pasang rumah kaca. Kalau macam ini saya habis dalam dua ribu tujuh ratus.

Tapi apa yang buat saya terharu sekali bila dorang begitu selesa dalam ni dan kalau saya buka pintu pun takde kisah nak keluar. Semua main dalam ni.

Saya sangat gembira sebab saya sudah temui cara paling convenient untuk jaga kucing. Cara jagaan ini sesuai untuk orang yang busy dengan kerja dan tidak ada maid.

Di sini, nak share sikit routine saya kemas rumah kucing ini ye untuk panduan semua jika bermanfaat:

HARI-HARI
1. Buka pintu dan belai dorang

TIGA HARI SEKALI
1. Angkat plastik sampah dalam automatic litter box dan tukar baru (saya tengok dari kuantiti tofu litter dari luar kalau dah nak abis maksudnya dah penuh la collection box tu).
2. Lap automatic litter box lepas tukar plastik baru.
9. Lap mata kucing dua/tiga hari sekali, sejak letak dalam rumah ni mata die kurang berair maybe sebab angin kuat dalam ni.

MINGGUAN
1. Tambah makanan baru boleh dilihat daripada aras makanan automatic pet feeder dari luar rumah kucing.
2. Topup air dalam Water fountain sebab ada dua fountain.

BULANAN
1. Bersihkan bulu dekat kipas.
2. Bersihkan bulu dekat ekzos fan dua bulan sekali.

KADANG-KADANG
1. Lap hairball.
2. Lap segala barang dalam rumah kucing guna wet tissue.

Sama- samalah kita pelihara kucing kesayangan kita dengan terbaik supaya disenangi jiran, kucing dan diri sendiri.

KELUARGA ANA: Bagi pencinta kucing, haiwan berbulu ini bukan sekadar peliharaan tetapi sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

Sumber kredit: Muhammad Heikal Ismail via Group Pencinta Kucing

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Artikal Popular

To Top