Resipi

Resipi Kuih Lompat Tikam Yang Padu, Terasa ‘Lembut’ Lalu Ditekak

Sedapnya lahai dapat makan Kuih Lompat Tikam. Rasa manis kuah gula melaka menjadikan menu pencuci mulut ini cukup sempurna.

Paling best kalau dapat makan sejuk-sejuk. Memang terbaik! Susah nak buat? Sebenarnya nak buat buat Kuih Lompat Tikam ini tidaklah sesusah mana pun. Bahan-bahanya pun mudah di dapati.

Berikut resipi Kuih Lompat Tikam yang dikongsikan oleh Izamani Ismail

RESIPI KUIH LOMPAT TIKAM

BAHAN-BAHAN:

UNTUK WARNA HIJAU:

1 cawan tepung beras
3 cawan air (2 cawan air + 1 cawan air daun pandan)
Sedikit pewarna hijau pandan
Sedikit air kapur

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan bahan-bahan dalam kuali. Kacau sebati.

2. Buka api sederhana dan kacau adunan sehingga meletup-letup dan berkilat.

3. Apabila sudah siap, masukkan dalam loyang @bekas. Ke tepikan.

UNTUK KEPALA SANTAN:

2 cawan santan sederhana pekat
2 sudu besar tepung beras
Sedikit garam

CARA MEMBUAT:

1. Kacau sebati dan buka api sederhana. Kacau sehingga mendidih.

2. Tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tidak bergentel.

UNTUK PULUT MERAH:

1 cawan beras pulut
Sedikit pewarna merah
Santan cair

CARA MEMBUAT:

1. Basuh beras pulut bersih-bersih. Rendam dengan sedikit pewarna merah dalam 15 minit. Toskan beras pulut.

2. Masukkan beras pulut dalam acuan. Masukkan santan cair paras tenggelam beras pulut. Masukkan sedikit garam. Kukus sehingga masak.

UNTUK AIR GULA MELAKA (AIR NISE)

2 keping gula melaka (nise)
1 cawan air
Sehelai daun pandan

CARA MEMBUAT:

Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Sumber kredit: Izamani Ismail

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Artikal Popular

To Top