Kuih Dangai memang sedap bila dimakan waktu tengah panas sebab terasa kerangupannya tu. Cara buatnya mudah sangat-sangat. Kuih Dangai ini terkenal di Utara. Dan dibuat berasaskan kelapa parut muda.
Ada cara yang lebih mudah untuk buat kuih Dangai iaitu dengan cara kukus. Mari kita cuba resipi yang dikongsikan Zura Zul ini.
KUIH DANGAI KUKUS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan kelapa parut putih
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Gula Melaka
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan semua bahan dan gaul-gaul sebati (kecuali gula Melaka)
2. Acuan kuih lompang sapu sedikit/nipis minyak. Boleh juga jika tidak sapu minyak. Tiada masalah.
3. Masukkan kelapa dalam acuan. Tekan-tekan tetapi perlahan.
4. Buat lubang kecil di tengahnya untuk isi gula Melaka yang dipotong/hiris kecil.
5. Panaskan pengukus hingga mendidih. Kukus selama 15 minit. Siap. Hidangkan ketika panas.
Sumber kredit: Zura Zul via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
