Resipi

Resipi Nona Manis Pandan Gedik, Sedap Berlemak.

Resipi Nona Manis Pandan ini cukup enak dan berlemak.

Resipi perkongsian Along Fiza ini digunakan untuk berniaga dan dikongsikan buat panduan bersama.

 

Bahan A (yang TIDAK bermasak)

200 gm Tepung gandum (saya guna cap Ros)

150 gm Gula pasir halus

120 gm Santan kotak

310 gm Air tapis biasa

2 biji Telur

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan dan diadun sebati. Masukkan telur akhir sekali, pukul manja sahaja. Sebab tak nak bila dikukus dia naik meruap. Ketepikan bahagian ini.

 

Bahan B (bahagian bermasak – akan dicampurkan dengan Bahan A, menjadikan adunan hijau)

60 gm Tepung jagung

70 gm Gula pasir halus

120 gm Santan kotak

310 gm Air pandan

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan. Masak di atas dapur, kacau sehingga likat dan berkilat tutup api. Adunan ini masukkan ke dalam adunan A tadi, adukkan sebati. Jadikan 1 adunan. Inilah adunan hijau.

 

Bahan C (adunan putih)

80 gm Tepung gandum

1 sk Garam

240 gm Santan kotak

500 gm Air tapis biasa

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan. Masakkan di atas dapur, sentiasa dikacau. Supaya tidak berketul. Kacau sehingga ianya sedikit likat. Adunan ini akan dipaipkan ke dalam adunan hijau.
  2. Gunakan acuan bersaiz 5.5cm. Saiz besar sikit. Kukus ikut pengukus masing-masing. Saya kukus dalam 12 minit menggunakan pengukus trio hitam. Tunggu kuih sejuk sepenuhnya, baru dikeluarkan dari acuan. Sapukan minyak dalam acuan, jangan lupa tau.
  3. Untuk acuan saiz ini akan dapat dalam 53 hingga 55 biji. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Sumber : Along Fizah

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top