Resipi

Resipi Sambal Hitam Pahang Original, Paling Senang & Ekspres Nak Masak

Siapa yang tidak kenal dengan Sambal Hitam? Kalau di Pahang Sambal Hitam ini cukup popular. Ramai yang suka makan Sambal Hitam Pahang ini terutama ketika di bulan Ramadan. Biasa kalau beli, boleh tahan juga harganya. Mari kita cuba buat sendiri Sambal Hitam Pahang ikut resipi yang dikongsikan oleh Koleksi Resipi Puan Sharifah Shaari ini.

RESIPI SAMBAL SAMBAL HITAM PAHANG

BAHAN-BAHAN:

1 semangkuk ikan bilis, dibersih dan dicuci
1/2 mangkuk asam belimbing (belimbing buluh) direbus
1 1/2 genggam cili padi
2 sudu penuh gula
1 1/2 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah, dimayang nipis. Bawang boleh juga ditumbuk bersama cili.

Nota: Semua bahan adalah anggaran sahaja. Boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesukaan masing-masing.

CARA MEMBUAT:

1. Tumbuk cili padi dan apabila lumat masukkan belimbing dan tumbuk lagi.

2. Masukkan ikan bilis dan tumbuk manja. Jangan sampai terlalu hancur.

3. Gaul sebati dengan cili dan belimbing tadi.

4. Panaskan kuali dan tuang minyak 1 cawan dan goreng bawang hingga layu.

5. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan kacau. Masukkan gula. Tambah minyak kalau perlu.

6. Kacau selalu.

7. Apabila garing sedikit, angkat. Bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lauk pauk yang lain. Selamat mencuba.

Sumber kredit: Koleksi Resipi Puan Sharifah Shaari

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top