Resipi

Resipi Sambal Kacang Daging Yang Lain Macam Sedapnya, Mesti Puas Hati Bila Buat

Sambal Kuah Kacang yang sedap mestilah cukup rasa masam, manis, masin dan pedasnya. Kalau kisar kacangnya, jangan pula terlalu halus, nanti hilang pula kepuasan ketika menikmatinya.

Ada rahsia nak bagi Sambal Kacang lagi sedap iaitu dengan menambah daging di dalamnya.

Jom kita cuba resipi Sambal Kacang Daging yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri  ini. Mesti puas hati!

RESEPI SAMBAL KACANG DAGING

BAHAN-BAHAN:

½ kg kacang tanah
½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
2 sudu makan udang kering (boleh juga guna udang geragau)
1 cawan cili kisar
2 sudu kicap manis (optional)
Air asam jawa
Gula melaka
Gula putih

CARA MEMBUAT:

1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.

2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.

3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.

 

 

4. Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Selepas itu masukkan pula daging. Masak sehingga mendidih.

 

5. Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna.

6. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat. Bolehlah dihidangkan bersama nasi impit.

TIP: Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.

Sumber kredit: Asrinna Bakri

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top