Resipi

Rupanya Ini Rahsia Nak Buat Sup Tulang Yang Terlajak Sedap, Kena Tumis Batang Saderi & Bubuh Lobak Merah Kisar

Sup Tulang, makan panas-panas dengan sambal kicap memang boleh buat ‘terangkat habis.’ Makan pula dengan sambal kicap atau sambal belacan, ‘lawan’ pula dengan ulam-ulam, aduhai, susah nak cakap nikmatnya macam mana.

Jomlah kita cuba resepi Sup Tulang seperti yang dikongsikan oleh Fazniza Razali. Cara penyediaan secara manual tanpa menggunakan ‘pressure cooker.’ Selamat mencuba!

RESIPI SUP TULANG LEMBU

BAHAN-BAHAN 1:

3 biji bawang besar
8 biji bawang putih
Halia dalam 2 ketul
1 sudu ketumbar
**bahan ini dikisar sampai halus

BAHAN 2:

3 batang saderi
1 batang lobak merah
**ini pun dikisar sampai hancur

BAHAN 3:

3 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 senduk serbuk sup
2 kg tulang
5 biji kentang (dibelah 2)
3 batang saderi (dihiris)
3 biji bawang besar (dibelah 4)
Air

CARA MEMBUAT:

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.

 

 

 

2. Masukkan air, kemudian tulang. Didihkan hingga isi-isi pada tulang-tulang empuk.  Jika tidak empuk lagi, tambah air sehinggalah semua isi pada tulang empuk.

 

3. Kalau ada ‘pressure cooker’ boleh cepat masak. Resipi yang dikongsikan ini menggunakan cara manual jadi mengambil masa sehingga hampir 1 1/2 jam untuk isi-isi daging empuk.

4. Apabila isi daging telah empuk, masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang sudah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perasa.

 

5. Masak sehingga ubi kentang empuk lebih kurang 10 minit.

6. Apabila sudah masak, bolehlah angkat. Taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup. Hidangkan.

Sumber kredit: Fazniza Razali

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Artikal Popular

To Top