Resipi

Sambal Goreng Jawa Sedap Ya Amat! Sekali Makan Memang Boleh Buat Ketagih

Sambal goreng Jawa adalah sejenis masakan sambal pedas yang digoreng. Berbanding sambal biasa, resipi ini memasukkan santan sebagai salah satu bahan utama.

Boleh disimpan dalam tempoh yang agak lama bergantung pada cara penyimpanan, sambal goreng Jawa ini memang menjadi menu pembuka selera pada bila-bila masa pun.

Sesuai juga dijadikan hidangan di pagi raya. Makan bersama ketupat nasi memang ‘meletop.’ Makan dengan ketupat pulut pun sedap.

RESIPI SAMBAL GORENG JAWA

BAHAN-BAHAN:

Bawang merah (kisar)
Bawang putih (kisar)
Bawang besar (hiris)
Sedikit cili kering (kisar)
Tempe dipotong dadu kecil-kecil lalu digoreng
Tauhu dipotong dadu kecil-kecil lalu digoreng
Cili merah dan cili hijau dihiris halus
Petai dihiris halus
Serai dihiris halus
Tetel direbus terlebih dahulu lalu dihiris nipis
Udang basah (saiz kecil)
Santan
Air asam jawa
Sedikit belacan
Sedikit gula merah, gula pasir dan garam

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Tumis semua bahan yang telah diblender tadi. Masak sampai betul-betuk kering dan naik bau, baru masukkan air asam jawa dan sedikit belacan. Belacan boleh ramas-ramas masuk dalam air asam jawa tadi. Selepas itu masukkan tetel, udang, gula merah, gula pasir dan garam.

2. Masukkan santan. Kalau guna santan segar lagi enak tapi  kalau hendak tahan lama, campurlah dengan santan kotak.

3. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, cili hijau dan juga serai. Masak sekejap sahaja supayasayuran tu lecur. Macam ada rasa ranggup sedikit.

 

Masukkan petai, tempe dan tauhu.

Masak lagi sampai sama rata. Rasakan masin manisnya.

Inilah hasilnya. Memang nampak amat menyelerakan.

Sambal goreng Jawa ini selain enak dimakan bersama nasi impit, lontong, sesuai juga dimakan bersama nasi panas.

Sumber kredit: Umi Idayu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top