Resipi

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Yang Bikin Diet ‘Ke Laut’ Ini Cara Buatnya

Bingung nak masak menu apa untuk makan malam nanti?

Jom kita cuba resipi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Muktamin Abdul Karim

Mesti bertambah-tambah makan nasi nanti. Percayalah!

RESIPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN:

1 mangkuk tempoyak *sukatan ikut suka
Kunyit hidup/serbuk kunyit secukupnya
Segenggam cili api/padi *ikut level kepedasan
Garam secukup rasa
Gula secukupnya *tempoyak baru tak perlu
2 biji bawang besar
2 batang serai *diketuk
Segenggam atau lebih ikan bilis
5 papan petai
1 mangkuk minyak masak *atau secukupnya agar sambal tempoyak jadi kental dan agak garing,kalau tidak sambal akan kelihatan kering dan terlalu lembik

CARA MEMBUAT:

1. Tumbuk cili api bersama garam dan kunyit.

2. Goreng ikan bilis sehingga garing, asingkan.

3. Dengan minyak sama, tumis bahan tumbuk bersama bawang, serai dan tambah sedikit serbuk kunyit.

4. Masukkan tempoyak gaul rata dan biarkan masak sehingga agak garing, kemudian baru masukkan petai dan gaul rata.

 

 

 

 

5. Tutup api dan masukkan ikan bilis garing dan gaulkan rata. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.

 

Sumber kredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Artikal Popular

To Top