Kesihatan

Selalulah Minum Jus Epal Hijau Dengan Celery, Saintis Ini Kongsikan Kebaikannya

Epal hijau dan saderi (celery) mempunyai banyak khasiat.

KHASIAT EPAL HIJAU

*Membantu menguatkan fungsi paru-paru.

*Menguatkan tulang dengan menambah pada mineral pada tulang.

*Mengekalkan berat badan.

*Mengurangkan kekerapan mendapat asma.

*Mengurangkan risiko mendapat penyakit barah.

KHASIAT SADERI (CELERY)

*Menikmati jus saderi setiap hari juga dikatakan dapat membantu menyekat keinginan untuk makan makanan manis, sekali gus mengawal selera makan.

*Amalan menikmati dua batang sayur itu setiap hari dikatakan dapat membantu menyingkirkan kolestrol jahat dan membantu menurunkan tekanan darah.

*Kandungan kalium dan natrium dalam jus saderi juga dapat membantu untuk mengawal bendalir badan serta merangsang pengeluaran air kencing.

*Dapat membantu melancarkan penghadaman dan pencernaan.

*Mengandungi kandungan air dan serat tinggi dan sesuai diamalkan individu yang mengalami masalah sembelit.

KENAPA PERLU MINUM JUS EPAL HIJAU DENGAN SADERI (CELERY)?

a. Epal hijau lebih tinggi fiber iaitu ‘soluble fibre’ berbanding epal merah.

b. Kandungan ‘soluble fibre’ dalam epal hijau adalah 22% lebih tinggi berbanding epal merah.

c. Jenis ‘soluble fibre’ dalam epal dikenali sebagai pektin. Pektin juga boleh didapati dari kulit limau

b. ‘Soluble fibre’ ini berfungsi sebagai prebiotik – untuk mengalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam usus besar kita.

c. Ia juga bantu turunkan kolesterol, bantu kurangkan berat badan dan dapat kurangkan risiko diabetes dan kanser usus besar.

d. Kombinasi epal hijau, celery dan madu tulen pula boleh bantu turunkan tekanan darah tinggi

e. Walau bagaimanapun, epal hijau lebih berasid berbanding epal merah dan kurang sesuai bagi sesiapa yang ada masalah ‘acid reflux’

f. Epal merah pula lebih tinggi kalori berbanding epal hijau.

g. Kalori yang lebih tinggi dalam epal merah disebabkan oleh kandungan gula yang lebih tinggi. Kandungan antioksidan dalam epal merah juga lebih tinggi berbanding epal hijau

h. Kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Advanced Chemistry pada 2021 menunjukkan epal merah lebih tinggi vitamin C berbanding epal hijau

Sumber kredit: Dr SuriRoowi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top