Resipi

Senang Betul Nak Buat Sambal Bilis Belimbing Buluh, Nak Tambah Petai Pun Boleh Bagi Lagi Sedap!

Sambal memang menjadi menu pembuka selera. Pendek kata tanpa sambal, seakan tidak lengkap hidangan yang disajikan di atas meja makan.

Selalunya sambal belacan menjadi pilihan ramai, namun jika anda inginkan kelainan, apa kata anda cuba pula sambal bilis belimbing buluh. Pasti memikat selera!

Ini resipi yang dikongsikan oleh Nanie Rosnani

RESIPI SAMBAL BILIS  BELIMBING BULUH

Resepi ini nampak mudah sehingga membuatkan anda makan nasi bertambah-tambah. Tiada lauk lain pun tidak mengapa.

BAHAN-BAHAN:

Ikan bilis
Cili merah dan cili padi (kuantiti ikut tahap kepedasan masing-masing)
Bawang merah
Belacan (optional)

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Tumbuk ikut suka sama ada kasar @ halus.

Tumbuk ikan bilis, cili, bawang merah dan belacan (optional).

2. Belimbing buluh – hiris bulat-bulat, kalau suka masam boleh lebihkan.

3. Petai – hiris-hiris sahaja (optional)

4. Tumis bahan tumbuk. Masukkan belimbing dan petai.

Tumis bahan tumbuk tadi sampai naik bau.

Masukkan belimbing yang dihiris. Kalau nak masukkan isi petai, masa ini boleh masukkan sekali.

5. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Siap!

Masak sampai belimbing lembut dan elok pecah minyak.

Makan dengan nasi panas-panas memang berselera habis! Selamat mencuba.

Sumber kredit: Nanie Rosnani via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top