Walaupun hati sedih selepas pemergian suami secara tiba-tiba akibat Covid-19, tetapi wanita ini cukup tabah berkongsi bagaimana proses tukar status akaun arwah suaminya kepada decased dipuji ramai.
Wanita yang dimaksudkan adalah Fadhlin Ismail yang berkongsi tanggungjawab si waris atau pasangan selepas pemergian orang tersayang. Mereka perlu menyelesaian beberapa urusan utama seperti bayar hutang, tutup akaun, tukar penama pada segala bagai bil dan sebagainya.
“Ni antara tanggjawab yang patut kita buat selepas kematian ahli keluarga.. Selesaikan hutang, tutup segala akaun dan lakukan faraid..pastikan tukar nama pd bil2 tel, bil air, bil api, bil internet, bil astro dan sebagainya.. ” Tulisnya.
Dia turut berkongsi prosedur ke bank di musim pandemik ini dan senarai bank yang memerlukan pelanggan appoinment dan ada juga bank yang tidak perlu.
“Antara yang kena buat appoiment macam Maybank, ASB, KWSP dan RHB.. Bank yang tak perlu appmnt pulak mcm CIMB, Tabung Haji dan UOB.. Ini antara lokasi yang kaklyn pergilah.. Selain tu boleh g ke cawangan dan try n error..
Kalau nak call customer servis, mungkin susah sikit sebab kekurangan staf dan sibuk..
Utk Maybank, temujanji boleh dibuat di website maybank ezyq, ASB dan RHB pulak di aplikasi QMS, Tabung Haji dan KWSP di website dia..
Kalau nak ke bank lain, sebaiknya cuba google sama ada boleh walk in atau kena appmnt.. Setakat ni, temujanji memang berterabur sikit.. Mungkin lepas ni, akn disatukan dibawah 1 bumbung..” Ulasnya lagi.
Dia turut berkongsi cara tuntutan dan penutupan akaun mengikut pengalaman dia sendiri. Jelasnya, untuk akaun perniagaan di CIMB, RHB dan juga Tabung Haji prosesnya berbeza sedikit kerana penuntut perlu membawa saksi keluarga selain surat mati dan sijil nikah.
Paling bermakna, Fadhlin turut berkongsi senarai empat institusi yang sediakan khairat kematian. Wah, dalam senarai tu hanya satu sahaja bank ya, yang lain institusi.

“Ini penting, setakat ini ada 4 institusi yang sediakan khairat kematian yang boleh dituntut.. KWSP, Socso, ASB dan Bank Rakyat.. So lepas ni mungkin boleh beralih ke bank yg ada khairat kematian utk simpan duit kot..”
Mungkin ramai yang tidak menyedari hal ini, selepas ini mungkin boleh bertanya bank masing-masing ya mengenai khairat kematian ini. Jika benar tidak disediakan, bolehlah kita beransur-ansur pindah ke akaun bank yang ada memberi kita perkhidmatan itu.
Selain itu, Fadhlin turut mengingatkan si waris agar bertanya dahulu kepada pihak bank samada si mati ada ambil insuran atau tidak bagi segala aset arwah. Jika ya, maksudnya segala pinjaman sebelum ini automatik terbatal.
“Kaklyn harap, perkongsian ni dapat membantu korang bt tindakan.. Mudah2an usaha kita akan menambahkan kebahagiaan dia di sana.. Selain lambang cinta kita hingga ke akhir hayat..” Tulisnya lagi.
Terima kasih atas perkongsian. Marilah kita sama-sama doakan arwah suaminya, Shamsul Abd Aziz ditempatkan di kalangan hambaNya yang beramal soleh. Moga Fadhlin juga terus diberi kekuatan serta kemudahan dalam kehidupan dalam membesarkan dua cahaya mata, Seri Jasmin dan Muhammad Jibril.

