Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Dan ini jugalah yang dinamakan rezeki. Bagi seorang wanita yang merupakan pekerja di sebuah stesen minyak, dia amat bertuah kerana telah diberi ‘reward’ pakej umrah oleh majikannya.
Wanita ini yang dikenali sebagai Sapuan telah berkhidmat selama 28 tahun. Majikannya telah memberi hadiah itu sebagai tanda penghargaan.
Melalui perkongsian pengguna Tiktok siti5874 yang juga majikan Sapuan, dia menghadiahkan pakej umrah kepada pekerjanya itu (Sapuan) setelah wanita itu berbakti selama 28 tahun di stesen minyak miliknya di Pendang, Kedah.
Perkongsian video tersebut telah tular dan mendapat reaksi positif netizen yang memuji tindakan majikan yang menghargai pekerjanya.
Sapuan telah berkhidmmat di stesen minyak itu sejak tahun 1992 lagi. Memang sepatutnya dia menerima ganjaran itu kerana begitu setia bekerja dengan majikannya.
@siti5874 Staff paling Legend di Petronas Pendang. Long Servis Reward “Pakej Umrah” kpd beliau🥰 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryou #tiktok #viral #fypdongggggggg ♬ suara asli – Galeri Musik01
Semoga lebih ramai majikan yang menghargai kesetiaan pekerjanya dengan memberikan ganjaran kepada pekerja atas kesetiaan dan kesungguhan mereka dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja.
Sumber kredit: Tiktoksiti5874
