Tular di media-media sosial tentang kebakaran sebuah kereta dengan seorang mangsa berjalan terhuyung-hayang meminta bantuan. Seorang individu yang berada di tempat kejadian (perakam video) cuba membantu mangsa.
Apa yang anda akan lakukan ketika terserempak dengan mangsa kebakaran? Moga perkongsian Syahr Musafir dapat membantu kita jika berada dalam situasi genting begini.
Sedih pagi ini ramai orang di media sosial berkongsikan video kejadian yang meruntun jiwa, kereta terbakar dan seorang lelaki yang terbakar keluar dari kereta berjalan, tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

Orang terbakar dengan api menyala itu berjalan menghala ke kereta si perakam video, perakam video mengundurkan kereta. Rasa tak sanggup nak habiskan tengok video kejadian kereta terbakar dengan mangsa juga terbakar berjalan.
Saya sangkakan berita luar negara, tetapi ia berlaku di negara kita. Allahu….

Saya tak berada di tempat kejadian maka tidaklah saya menyalahkan perakam video yang mungkin terkejut dan panik hingga tak dapat nak berfikir bagaimana cara nak membantu, tetapi sedikit-sebanyak rasa ralat mangsa yang terbakar itu tidak dibantu ketika itu.
Saya difahamkan mangsa dibantu selepas itu oleh perakam video ini selepas mengundurkan kereta. Ya Allah, moga mangsa dibantu.

Dulu masa sertai Kedat Bomba di sekolah menengah, pernah diajar sekurang-kurangnya cara nak mematikan api pada badan mangsa itu dengan menggunakan kain/jaket, kalau ada air botol atau apa saja air boleh basahkan kain lalu selimutkan mangsa.
Paling bagus adalah gunakan pemadam api atau fire extinguisher. Spray kepada mangsa dari bahagian belakang supaya api terpadam.
Saya telefon Balai Bomba Kota Bharu pagi ini bertanya, kata pegawai bomba yang menjawab panggilan saya kita boleh beli saja pemadam api kecil dan boleh simpan dalam kereta just in case berlaku emergency seperti ini.

Saya letak 2 botol pemadam api berlainan jenis dalam setiap buah kereta.
Kita beringat ketika mampu bersedia ni. Jika tak guna untuk diri sendiri, moga dapat guna pemadam api ini untuk membantu mangsa kebakaran seperti dalam video tadi.


Semoga kita semua dijauhkan daripada musibah sebegini, sekiranya berlaku kepada kita semoga kita dibantu dengan segera dan semoga apabila kita melihat kejadian sebegini kita akan jadi masyarakat yang prihatin yang membantu mangsa.
Janganlah rakam berlebihan. Dan semoga kita tidak jadi orang yang tengok saja kejadian depan mata macam menonton babak filem. (Maaf ye saya tak share video tu, dan gambar ini pun saya blur-kan mangsa)
DISCLAIMER: Maaf ye, saya tak salahkan perakam video ye. Posting saya ini memperingatkan saja, tentang kena bersedia (contohnya pemadam api) dan tentang membantu (tak kisahlah cara apa). Rakam video pun membantu juga ni – sebagai bukti kejadian, saksi dan sebagainya. Tiada satu apa pun yang sia-sia, ya Allah, moga Allah selalu jadikan kita manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Aameen.
