Berita tentang Justin Bieber yang mendedahkan dia kini mengalami ‘kelumpuhan muka’ disebabkan oleh sindrom Ramsay Hunt mendapat perhatian ramai.
Malah dalam satu muat naik video laman akaun Instagramnya, Bieber turut umum akan membatalkan beberapa siri konsert jelajahnya.
Penyanyi yang berusia 28 tahun itu menjelaskan dia dijangkiti sindrom Ramsay Hunt selepas virus merosakkan saraf di bahagian telinganya.
Apakah sebenarnya sindrom Ramsay Hunt ? Baca info yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
View this post on Instagram
Baru ni, Justin Bieber(JB) umumkan dia terpaksa tangguh konsert jelalahnya(termasuk di Malaysia), dan semalam dia beritahu sebabnya.
JB sebenarnya mengalami lumpuh di sebelah mukanya, akibat kondisi yang dinamakan sindrom Ramsay Hunt. Sindrom ini hanya berlaku kepada orang yang pernah mengalami cacar air (chicken pox).
Ini kerana ia disebabkan oleh jangkitan virus varicella-zoster, iaitu virus yang sama yang menyebabkan cacar air dan kayap (shingles).
Selepas seseorang pulih dari cacar air, sebahagian virusnya akan kekal di saraf. Ia kemudian boleh aktif kembali. Jika ia berlaku di saraf rusuk, maka ia menjadi kayap, manakala di saraf muka pula menjadi sindrom Ramsay Hunt.
Sindrom Ramsay Hunt kelihatan yang hampir serupa dengan Bell’s palsy, tetapi gejalanya lebih banyak, iaitu:
▪️sakit telinga
▪️pendengaran terjejas
▪️kelumpuhan sebelah muka
▪️ruam berlepuh (seperti kayap)
▪️vertigo(pening berpusing)
▪️kering mata dan mulut
Rawatan untuk sindrom ini adalah sama seperti rawatan untuk cacar air dan kayap:
▪️ubat antiviral
▪️ubat kortikosteroid
▪️analgesik(tahan sakit)
▪️terapi(fisioterapi dan carakerja)
Lebih cepat dapat rawatan, lebih tinggi peluang pulih. Pemulihan boleh memakan masa berbulan-bulan. Sebahagian besar pesakit pulih sepenuhnya, manakala selebihnya lagi mengalami kelumpuhan muka dan masalah pendengaran yang kekal.
Semoga bermanfaat!
Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan dan Instagram Justin Bieber
