Stres boleh mempengaruhi tahap kesihatan individu dan membawa kepada pelbagai permasalahan dan penyakit yang lebih kompleks.
Ia melibatkan emosi dan fizikal yang bukan sahaja memberi kesan ke atas individu bahkan orang sekeliling.
Menurut Presiden Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) Anita Abu Bakar, stres atau tekanan adalah normal dalam kehidupan dan adakalanya ia dapat memotivasikan seseorang baik di tempat kerja mahupun dalam menjalani kehidupan seharian.
Berikut perkongsian Wawa shauqi yang merupakan seorang penulis tentang suri rumah yang tidak terlepas daripada mengalami stres.
BETUL KE JADI SURI RUMAH NI STRES?
Jadi suri rumah ke, ibu bekerja ke, ayah bekerja ke, masing-masing ada cabaran tersendiri. Bagaimanapun, bila keluar data begini, dari study yang legit, pasti ada sebab di sebaliknya.
Nota ini adalah dari nota Konvensyen Suri 2 tahun lepas. Info ini dikongsi oleh psikologis Akif Basri.
ANTARA 10 PENYEBAB SURI RUMAH LEBIH STRES ADALAH:
1️⃣ Menjalani rutin yang sama setiap hari.
2️⃣ Tidak berpeluang bersosial dengan manusia lain.
3️⃣ Terkurung di dalam rumah. Bayangkan bertahun-tahun pusing-pusing dalam rumah sahaja.
4️⃣ Tidak mempunyai pendapatan untuk menyara kehendak.
5️⃣ Kerjaya suri rumah menggunakan kekuatan fizikal, mental dan emosi secara serentak.
6️⃣ Tidak pernah cuti. Orang beraya pun cuti. Tapi suri rumah bila raya lagi banyak kerja. Sudahlah kerja tak bergaji.
7️⃣ Mengurus dan mengawal kerenah serta masalah anak anak-anak yang mencabar.
8️⃣ Tekanan masyarakat.
“Bazir sijil kau belajar tinggi-tinggi last-last dok dapur.”
“Dok rumah habiskan beras laki.”
“Korang ni golongan yang taknak memajukan diri.”
9️⃣ Badan keletihan. Tapi masih perlu membahagikan masa untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu hari.
🔟 Busy mind. Kepala sentiasa memproses pelbagai pemikiran. Antara tugas rumah, keperluan anak-anak, dan keperluan suami.
Nombor 1-3 itu, ramai sudah merasa waktu pandemik melanda dengan dahsyat2 tahun ini bukan!
FAKTOR YANG MENGGANDAKAN LAGI STRES INI BILA:
– Bekerja sambilan dari rumah
– Tiada pembantu rumah/ ahli keluarga lain yang membantu
– Anak masih kecil
– Anak rapat-rapat
– Mempunyai Anak istimewa
– Campur tangan mertua dan ahli keluarga (selalunya sebab tinggal sebumbung)
– Tiada sokongan dan bantuan dari pasangan
Sesungguhnya, tak mudah jadi suri rumah sebenarnya. Sudah lalui sendiri, barulah tahu cabarannya. Janganlah perkecilkan mereka ni.
Sesungguhnya kerjaya mereka ini mulia.
Siapa sahaja yang sanggup sandang tugas macam-macam tapi tak diberi cuti dan tiada gaji? Ada yang sanggup melupakan cita-cita dan kepuasan kerjaya, demi nak membesarkan anak-anak yang cukup kasih sayang dan penjagaan. Hargailah mereka.
Sesekali, pegang bahu dan cakap pada mereka, “You are such a brave and strong for being a housewife. Itu pun sudah cukup beri mereka kekuatan. Jom pakat beri kata-kata yang empowering buat golongan ini dan ibu-ibu lain yang sedang struggle.
Sumber kredit: Wawa shauqi dan Sinar Harian
